Gara-gara ucapan Mark Adam dalam sebuah program realiti Big Stage yang dianjurkan oleh satu stesen tv berbayar, teruk Mark kena hentam oleh netizen.
Yalah, 'body shaming' atau memperlekehkan bentuk badan seseorang bukanlah perkara remeh yang hanya patut dipandang sebelah mata. Disebabkan oleh itu, ramai netizen telah mengecam tindakan Mark Adam malah ada yang menghalau Mark supaya kembali ke negara asalnya, Filipina. Dasyat betul! Kesal dengan keterlanjuran kata-kata yang dilontarkan kepada Sherry al-Hadad pada malam itu, Mark secara profesionalnya telah tampil membuat video permohonan maaf di laman instagramnnya. Kenyataan beliau yang secara berseloroh itu telah membuatkan Mark berasa kesal dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
|
tupperwarepink replied at 20-8-2019 10:52 AM
Bak kata Jep gurau kat luar jangan bawa masuk kt tv
ADVERTISEMENT