Setelah lebih 80 tahun beroperasi, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berkemungkinan besar terpaksa menutup operasi berikutan masalah kewangan semakin meruncing yang dihadapi syarikat penerbitan akhbar berbahasa Melayu tertua di Malaysia itu. Langkah itu dijangka akan diambil berikutan kegagalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir memastikan syarikat berkenaan mempunyai dana mencukupi untuk menampung kos operasi termasuk gaji pekerja yang tertunggak selama dua bulan. Memetik laporan Malaysia Gazette, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Utusan Melayu (NUJ-UM) Taufek Razak berkata, perkara itu dinyatakan Abd Aziz sendiri dalam mesyuarat dengan pengurusan Utusan Melayu di Bahagian Jabatan Perhubungan Perusahaan, Kementerian Sumber Manusia.
"Dia mengakui dia gagal menyelesaikan masalah syarikat dan pekerja seperti dijanjikan dan kerana mereka tidak mempunyai wang dan gagal melupuskan aset yang ada dan menyatakan kesediaan melepaskan jawatannya. "Jadi, mereka telah mengugut kami akan menutup Utusan dan sudah tiak mahu lagi beroperasi sebab mereka dah tidak ada duit dan UMNO pun setakat ini tidak memberi apa-apa maklumat untuk membantu syarikat terus hidup," katanya yang juga Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUJ). Masalah tunggakan gaji yang gagal diselesaikan Abd Aziz telah menyebabkan lebih 100 pekerja Utusan Melayu menganjurkan piket di hadapan bangunan syarikat tersebut di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada 19 Ogos. Selain itu, beliau yang juga mempunyai pegangan terbesar dalam Utusan Melayu menerusi syarikat miliknya, Opulance Asia Sdn. Bhd. juga gagal menepati janji untuk melunaskan ansuran bayaran Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada lebih 800 bekas pekerja setelah meluluskannya pada Disember tahun lalu. Susulan kenyataan Taufek itu, berlegar desas-desus menyatakan Utusan Malaysia dan Kosmo! edisi cetak akan diterbitkan untuk kali terakhir pada 21 Ogos manakala kedua-dua akhbar tersebut hanya disiarkan secara dalam talian selepas tarikh tersebut. Namun, memetik laporan Kosmo! Online, Taufek menjelaskan bahawa belum ada keputusan rasmi daripada Utusan Melayu tentang perkara tersebut dan AbdAziz akan mengadakan perjumpaan dengan semua kakitangan Kumpulan Utusan pada jam 4 petang hari ini. Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut bersedih dengan nasib yang menimpa Utusan Melayu sambil menyatakan bahawa UMNO juga berdepan kesukaran untuk membantu syarikat tersebut kerana akaunnya telah dibekukan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). "Kalau kerajaan PH hentikan arahan membeku akaun UMNO dan mengembalikan dana yang mereka sita secara haram hari ini, esok kita akan tolong Utusan. "Tetapi usahlah nak idamkan kerajaan PH akan bertindak adil. Mereka tak akan peduli," katanya. Justeru, bekas Presiden UMNO itu merayu kepada semua pihak untuk membantu Utusan Melayu dengan membeli Utusan Malaysia dan Kosmo, melayari dan berkongsi artikel-artikel Utusan Online dan Kosmo! Online serta membeli ruang iklan dalam kedua-dua akhbar berkenaan. Sekiranya khabar angin tentang penutupan edisi cetak Utusan Malaysia dan Kosmo! itu menjadi kenyataaan, perkara itu amat menyedihkan kerana Utusan Melayu turut memainkan peranan penting dalam sejarah negara sebelum dan selepas merdeka. - CARI |
manehnya: dengar kata, gaji x bayar pekerja dah 3 bulan, n minta derma
manehnya: dengar kata, gaji x bayar pekerja dah 3 bulan, n minta derma
kakyungpilah85 replied at 20-8-2019 11:27 AM
singgah tukar kerajaan ni lagi teruk jadinye...sape suruh pangkah PHancing lagi...padan mukaaaaaaaaa ...
manehnya replied at 20-8-2019 11:09 AM
dengar kata, gaji x bayar pekerja dah 3 bulan, n minta derma
ADVERTISEMENT