|
Masih lagi hangat perihal kematian remaja Ireland, Nora Anne, 15 yang kononnya keluarga mangsa dibawa berjumpa pengamal perubatan tradisional bagi mengesan remaja itu sebelum ini.
Polis Negeri Sembilan bagaimanapun menafikan hal tersebut meskipun pihak media antarabangsa mendakwa polis berbuat demikian kerana buntu mengesan remaja tersebut. “Tidak benar. Saya tidak pernah arahkan mana-mana pegawai berbuat demikian,” kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop. Terdahulu, ada portal media antarabangsa yang melaporkan empat individu melakukan sesi komunikasi dengan makhluk halus supaya Nora Anne dipulangkan segera ke pangkuan keluarganya. Dikatakan juga upacara itu dilakukan dalam masa 24 jam sebelum mayat Nora Anne ditemui. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.134640 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.