CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Ramai Melayu Pergi Tengok Wayang Jadi Pengulas, Becok Weh!'

20-8-2019 02:27 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6732| Komen: 37|Original author: Oleh: LilRose

Ramai memilih ke panggung wayang untuk mendapatkan kepuasan menonton filem.

Tetapi, betapa kecewanya apabila tiket yang dibayar rasa seperti tidak berbaloi kerana berdepan penontong tidak bertimbang rasa.


'Tak feeling langsung'! Mana tidaknya, habis potong stim bila tumpuan pada filem terganggu dengan adanya suara-suara bersembang seperti dia seorang berada di dalam panggung!


Kredit foto: IMDb

Itu belum ditambah gelak tawa dan 'pengulas filem'. Rosak mood menonton. Nak keluar panggung, sayang duit pula. Sudahnya, layan sajalah.

Terbaru, pengguna Twitter meluahkan rasa tidak puas hati apabila mood menonton filem seram Makmum terganggu dengan sekumpulan rakan yang becok.


Kredit foto: Twitter


Lebih menyakitkan hati apabila mereka seolah-olah tiada perasaan sudah mengganggu ketenteraman orang lain. Malah, melenting pula apabila ditegur.


Kredit foto: Twitter

Ramai rupanya yang berkongsi pengalaman sama.


Kredit foto: Twitter


Tunggu 4 hari baru boleh pergi tengok wayang


Kredit foto: Twitter

Ada yang triggered tak dengan perkongsian ini? - CARI

Bagus
3

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 20-8-2019 02:46 PM
Iols suka tgok wayang sorang2.. lg2 cerita seram. Iols selalu pergi after seminggu atau 2 minggu filem tu keluar.. lg syok bila iols sorang2 atau ada dua tiga je penonton dlm panggung. Tu pon fuk jauh2... feel dia best sangat! Dr pd duk tgok wayang ramai2 dgn member buat serabut otak..
Quote chula 20-8-2019 02:52 PM
aku xsuka tgk wayang org blkg kakikan kerusi aku..eeee geramnya...
Quote tulanglampai 20-8-2019 02:55 PM
baru lepas tgok boboiboy ahad lepas di wyg yang tak femes. tu pun ada jugak yg becok. hmmm kartun je pun. Punchline lawak semua dia bgtahu.

lepas ni kene amik seat yg tak dekat dgn org. baru xder becok
Quote hyie 20-8-2019 02:57 PM
dah lama tak pegi cinema hwahwahwa..iols akan pegi layan filem kaka fakezura sept nanti...cumanya tak suka macam ni lah...ummah malays sangat suka buat ulasan disamping tolak2 kerusi dari belakang.

Belum lagi yang bawak anak2 kecik tak reti duduk diam. Yang ni semua kaum lah...

oh plis lah jangan pprt sangat yach
Quote imransulaiman 20-8-2019 03:12 PM
chula: aku xsuka tgk wayang org blkg kakikan kerusi aku..eeee geramnya...


Aku pernah bangun dan sepak kaki orang yang kakikan kerusi aku! Dua kali aku tegur dia. Tapi masih buat juga. Lepas sepak aku keluar. Aku siap cakap lagi - tak puas hati jom ikut keluar. Tak gerak pula dia!

Dah lama aku tak masuk panggung. Dah 3 tahun. Sebab aku malas dengan perangai penonton yang bingai!
Quote Foxey 20-8-2019 03:15 PM
Dah jarang tengok wayang. Tunggu tayang kat asteruk je. Kalau pun p, takde la p masa awai2 movie tu keluaq, tunggu reda sikit
Quote bitterchoc 20-8-2019 03:29 PM


Ahahah! Lawak tapi betul. Ada yang berebut popcorn, ada yang main light saber perasan jadi jedi kat aisle masa tengok star wars. Tak nak jadi macam ni, jangan pergi masa baru release. Atau beli je la on demand.
Quote Artemesiaa 20-8-2019 03:31 PM
chula replied at 20-8-2019 02:52 PM
aku xsuka tgk wayang org blkg kakikan kerusi aku..eeee geramnya...

Betul tu dah sound dalam bahasa malaysia dan bahasa inggeris pun tak faham jugak kadang tu.  Kadang saja tunggu bila movie dah habis nak tengok siapa yang buat perangai.  Sorry to say selalunya mereka ni jenis kemotot bertudung datang dlm group 3-4 orang tapi kaki tak reti duduk sopan macam yang cuba di pamirkan.  Kalau tinggi renjong tu faham jugak dan yang hairannya yang tinggi renjong jarang pulak nak buat kerusi depan jadi macam hall 4D.  Kok ya pun tak faham bahasa inggeris dan mula rasa bosan jangan ler nak menendang2 elok keluar je terus kalau rasa boring dari asyik menendang bila tak faham movie yang tonton.
Quote palmolive 20-8-2019 03:39 PM
masa tengok Star Wars Force Awaken..ramai la peghak macam baru 1st time jumpa wayang..
dah la masuk lambat..masuk2 dia berdiri kt tangga pasal nak tangkap gambar nak tayang dia tengok Star Wars..
zaman takder smartphone dulu takder golongan peghak camni..
Quote Melorqe 20-8-2019 03:48 PM
aku baru tngok BBM2 kat citta mall weekend lepas
masa aku booking seat couple, row kat belakang aku memang kosong
baru beberapa minit start, tiba2 ada 2 ekor jantan masuk duduk kat seat belakang aku
bau minyak attar
lepas tu bau kaki masam
lepas tu tendang2 kerusi aku
mangkuk hayun betul la, jarak dgn seat depan punya la jauh pun mangkuk 2 ekor ni tendang kerusi org depan dah kenapa?
Quote Marylis 20-8-2019 04:12 PM
ingat lg g tegok moana dgn ank sis...sekali ad satu group bdk2 lelaki jerit..."eiii ada babi lah...babinya cerita" tepuk dahi jab sis time tu...hadoi
Quote Kurex 20-8-2019 04:23 PM
Biarlah lambat aku tengok asalkan aku tak terganggu
Quote msrosse 20-8-2019 04:23 PM
Ntah.. selama iols tgk movie ok behave jer semua org .. gelak kuat2 over tu beselah .. tp so far ok jerr ... krg ni tgk movie kt area mana?
Quote crazybeach 20-8-2019 05:36 PM
meh sini iols tepek ayat cliche forumers bila ada movie baru keluar– tunggu raya nanti jah tengok kat tv tapi kalau dah reramai berkumpul tuh makin becok lah jadinya kan
Quote kechikchomel 20-8-2019 05:56 PM
Kawan iolss pernah tau. Tgk wayang citer apa ntah. Kat belakang dia bdk kecik. Bdk kecik tu ketuk2 kerusi kawan iolss tu dgn tangan. Sekali dua tu kawan iolss jeling je budak tu. Kali ke3 budak tu buat lagi, kawan iolss pegang tangan budak tu
Lama gak dia pegang tangan budak tu
Dah lama sikit baru dia lepas. Pastu budak tu dah tak buat dah. Tau takut!
Quote diggerr 20-8-2019 07:36 PM
Halau je deme
Quote gideoncross 21-8-2019 01:04 AM
Iols xminat gi panggung sbb buang duit, byar mahal2 hanya utk duduk. Haha, baik download dri YTS lgi bgus.
Quote chilly 21-8-2019 01:24 AM
Aku tengok wayang kat Brem Mall. Ada kelly-ng mabuk ajak laki aku borak. Lepas tu saja cari pasal dengan orang depan pulak. Sudahnya macam nak ajak gaduh. Apooo. {:dot

Langsung tak fokus nengok wayang. Sudahnya keluar, balik rumah tengok tv. Spoil betul.
Quote dani-rox 21-8-2019 02:30 AM
tingat adegan Brenda dlm Scary Movie yg buat bising kat wayang, ujung2 mati dtikam beramai2.










ai rasa ramai nak buat benda yg sama dgn 'pengulas2' tak bergaji nih

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.218991 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top