Mesti ramai peminatnya gempar apabila mendapat tahu hubungan pasangan romantik Ku Hyesun dan Ahn Jaehyun dikatakan di ambang perceraian. Pasti ramai yang musykil tentang kisah di sebalik masalah itu.
Kalau anda nak tahu, rancangan "Newlyweds Diary" pernah memaparkan kisah rumah tangga Ahn Jae Hyun dan Ku Hye Sun sewaktu mereka baru menyulam kasih pada tahun 2017. Kini, penulis skrip rancangan berkenaan iaitu Kim Dae Joo telah membuat pendedahan mengenai perangai pelakon lelaki terbabit. Menurutnya, perangai Ahn Jae Hyun sama sahaja dengan perangai lelaki lain dan menekankan bahawa ianya perlu diubah. Selepas mendengar pendedahan itu, netizen terus menyelongkar satu temu ramah rancangan berkenaan yang pernah dilakukan oleh Ku Hyesun. Mereka membuat spekulasi bahawa Ahn Jae Hyun mempunyai satu tabiat buruk iaitu malas membuat kerja rumah. Ku Hye Sun berkata, "Aku ingat aku seorang saja yang buruk." Ahn Jae Hyun kemudiannya membalas,"Ingatkan isteriku ini sukakannya (buat kerja rumah seorang-seorang) , tetapi tidak rupanya." Selepas Ku Hyesun menceritakan hal tersebut, Ahn Jaehyun membalas dan menyatakan bahawa dia terpaksa mendapatkan rawatan kaunseling selama hampir setahun empat bulan selepas berkahwin dengan aktres itu. Dalam kenyataan balas terbaru, Ku Hyesun menerangkan bahawa selepas mendapatkan khidmat kaunseling, suaminya itu sering mabuk dan akan menghubungi wanita lain untuk menyertai parti minumnya. Lebih mengejutkan, pelakon "Boys Over Flower" itu menyatakan bahawa Ahn Jaehyun sudah tidak mahu bersama dengannya kerana dia tidak cukup seksi. "Apabila ditanya apa salah saya, dia akan memberitahu bahawa saya tidak cukup seksi. "Dia menyatakan bahawa puting saya tidak seksi, kerana itu dia ingin menceraikan saya. "Saya berasa seperti 'hantu' di rumah sendiri. Wanita yang awak cintai sudah menjadi zombi", terangnya menerusi satu entri di Instagram Peningnya dapat pasangan begini! - CARI |
ADVERTISEMENT