CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gaji RM3,800 Tak Cukup Di Bandar, Tapi Hakikatnya Ramai Yang Bergaji Lagi Rendah

22-8-2019 11:36 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 2989| Komen: 10|Original author: Shimmer Shine




"Pendapatan isi rumah sebanyak RM3,800 sebulan tidak dapat menampung kehidupan
di bandar menyebabkan masalah kemiskinan semakin membimbangkan."

Golongan sebegini dikategorikan sebagai miskin bandar dengan mengambil kira pendapatan seisi rumah. Menyedihkan namun itulah hakikat yang perlu ditelan oleh sebahagian besar mereka yang berada di bandar besar.

Lebih menyedihkan dengan gaji yang tidak cukup ini, mereka terpaksa memenuhi tuntutan bil dan pelbagai lagi bayaran hingga tiada lagi yang tersisa. Jika masalah ini tidak ditangani dengan baik, akan menyebabkan masalah sosial seperti dadah, vandalisme, buli dan keciciran pelajaran.


Itu adalah hasil kajian dari  Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah, Jaringan Industri dan Masyarakat), Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri yang mendapati masalah kemiskinan bandar datangnya dari mereka yang tinggal di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR).

Jika ini pun tidak cukup, bayangkan gaji yang lebih kecil dari nilai tersebut?

Kredit foto: Twitter

Menurut warganet, kajian tersebut mungkin tidak tepat kerana ramai yang mempunyai gaji lebih rendah dari RM3,800 dan mereka terpaksa bercatu untuk mencukupkan makan pakai seisi keluarga.


Foto : Google

Dengan itu, ada warganet yang menyatakan bahawa mereka yang menjawat jawatan Menteri sahaja boleh bersenang lenang hidup di bandar sementara yang lain berada di paras gaji minima, iaitu RM1,100. Itu pun masih berlaku tawar menawar antara kerajaan dan majikan.

Foto : Twitter
Foto : Google

Nampaknya pendapatan seisi rumah di bandar harus dinaikkan dengan kadar segera untuk membendung masalah-masalahsosial. Bagaimanapun, tiada kaedah tetap yang boleh ditawarkan selain setiap individu perlu membuat beberapa kerja untuk menampung kehidupan itu sendiri. Sampai bila harus begini? - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 22-8-2019 11:55 AM
Kan dah ada thread ni
Quote tagas 22-8-2019 12:49 PM
jadah ape menteri siap ada elaun istimewa 1.5k utk ape

politik manjang keje kelaut mkn gaji bute

sepenggal jer da bleh dpt pencen

rakyat yg terus menderiter kais og mkn pg

haramjad
Quote manjalara_01 22-8-2019 01:12 PM
selagi harta kekayaan negara hanya dibahagi dikalangan kumpulan yg kecil...tetapi tidak dibahagi sama rata pd semua rakyat maka negara akan sentiasa dibelenggu kemiskinan...
Quote diggerr 22-8-2019 04:46 PM
Kita ni underpaid while menteri overpaid
Quote gigahertz 22-8-2019 04:58 PM
diggerr replied at 22-8-2019 08:46 AM
Kita ni underpaid while menteri overpaid

keje kat malaysia ni underpaid dan unproduktiviti
Quote laksmanabentan 22-8-2019 05:35 PM
apa lagi uoolllsss... buat gojek jer la mcm Menteri Belia & Sukan tu kata kan... nak buka peluang pada org ramai cari pendapatan tambahan...
Quote nikaido 22-8-2019 05:42 PM
tagas replied at 22-8-2019 12:49 PM
jadah ape menteri siap ada elaun istimewa 1.5k utk ape

politik manjang keje kelaut mkn gaji bute
...

Elaun istimewa utk semua ahli dewan rakyat & dewan negara.
Quote ruffboyz 22-8-2019 07:03 PM
dah ada la thread ni..

https://mforum.cari.com.my/forum ... ht=Gaji%2BRM3%2C800
Quote jasonsmithfd 23-8-2019 12:57 AM
I was into this issue and tired to  tinker around to check if its possible but couldnt get it done. Now that i have seen the way you did it, thanks guys
with
regards
https://notepad.software/ https://vidmate.onl/download/  https://filezilla.software/
Quote nono86 23-8-2019 06:00 PM
Kesian. Kalau kat kg, kerja pembantu kantin sekolah gaji rm 15-20 je sehari, start 7am -4pm.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.120595 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top