Musim rumah tangga selebriti goyah ini, penyanyi Sufi Rashid tidak terkecuali daripada terpalit gosip mengenai hubungannya dengan tunang. Katanya menerusi IG Story, hubungannya dengan tunang, Nurulain Md Yusof hampir retak gara-gara individu tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah.
"Sebulan lagi saya akan mengakhiri zaman bujang. Semakin dekat tarikh pernikahan, semakin berat ujian saya dan tunang perlu hadapi," katanya. Katanya, dia percaya ramai mengikuti kisah peribadi keluarganya dan tunang serta bersimpati dengan apa yang berlaku kepadanya. "Tetapi ada segelintir pihak sangat jahat cuba menarik perhatian tunang saya dengan menghina, memfitnah, menuduh dan banyak lagi," katanya. Menurut Sufi, individu terbabit menggunakan akaun palsu untuk melontar pelbagai fitnah. |
doubleA replied at 22-8-2019 01:06 PM
Semoga dipermudahkan urusan hingga ke jinjang pelamin. Hal melibatkan keluarga ni susah nak cakap, t ...
beta_carotene replied at 22-8-2019 02:28 PM
Abg adek chuols bila nak langsung?
Sementelah xbusy sgt dgn show skrg .. sendu jeh..
HannahMontana replied at 22-8-2019 04:22 PM
dia yang busuk sampai retak pertunangan dikatakan org buat pula cisssssssssss
ADVERTISEMENT