CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Peminat Kucaimars Marah Tok Ti Bila Disuruh Tukar Nama Sayur

23-8-2019 12:30 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 11461| Komen: 64|Original author: Shimmer Shine







"Susahlah nak sebut Kucaimars ni, nama pendek sikit ada tak? Kucai macam daun kucai je."

Itu pertanyaan dan komen selari juri Big Stage, Datuk Siti Nurhaliza kepada peserta lelaki, Kucaimars. Terserlah ketidakselesaan Siti apabila menyebut nama penyanyi BBNU tersebut dengan panggilan 'sayur' dan seperti nama perempuan katanya.

Beberapa kali Siti menyatakan nama tersebut tidak begitu sesuai sebagai penyanyi kerana menyamai sayur (daun kucai) dan mars (nama perempuan). Pada mulanya, Siti cuba menukar nama Kucaimars kepada Chai sahaja, tetapi tetap tidak sesuai kerana ia menyamai nama Cina, hinggalah mencadangkan untuk memanggil nama penuhnya iaitu Amirul dan ia berlangsung hingga habis sesi menjuri.


Segelintir peminat Kucaimars tidak berpuas hati dengan komen Tokti yang dianggap tidak relevan. Ini kerana ia bersesuaian dengan zaman sekarang yang lebih mementingkan nama 'catchy' berbanding nama betul.

Pengulas dunia hiburan tempatan, Sepit Siput berpihak kepada Siti lalu menjelaskan isi tersirat yang mahu disampaikan oleh penyanyi nombor satu tanah air itu.


Bagi Sepit, teguran Siti ada benarnya dan harus diterima oleh semua pihak dengan tenang jika mahu lebih sukses. Untuk menjadi artis hebat, nama komersial sangat penting kerana ia akan digunakan sampai bila-bila. Dalam konteks ini, nama Kucaimars sendiri menjadi bahan jenaka apabila dikaitkan dengan nama sayur, walaupun mungkin sebenarnya ia adalah nama yang sedang trending.

Sementelah lagi, nama sebegini tidak nampak profesional kerana Mars itu sendiri difahamkan berasal dari jenama coklat kegemarannya. Jelas ia menurunkan standard nama penyanyi itu sendiri.

Kredit foto: IG


Ia turut dipersetujui oleh warganet yang berpendapat nama komersial bukan bermaksud nama sopan semata-mata tetapi lebih kepada tahap profesional itu sendiri. Lalu membandingkan nama Lady Gaga yang pelik tetapi dalam masa sama unik serta tidak bodoh.


Kredit foto: IG

Bagaimanapun, ada juga yang menuduh Tok Ti sengaja memanaskan isu yang sebenarnya tidak ada apa pun.

Rasanya dalam konteks ini, Tok Ti berniat baik untuk menjelaskan nama tersebut tidak profesional dan nampak main-main. Jadi, terima dengan hati terbuka teguran tersebut. Mungkin boleh mencari nama-nama yang lebih sesuai dan ini lah masa terbaik kerana program BBNU ini mendapat perhatian dari segenap masyarakat. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 23-8-2019 12:50 PM
Entah la weh, hati aku tak terbukak nak tengok big stage ni, yg musim lepas tu pun iols tak tau siapa yg menang. Yg iols tau, shafiq tu sedap...
Quote matchstick 23-8-2019 01:24 PM
first time dengar nama kucaimars aku ingatkan nama komposer or penulis lirik. mcm nama pena gitu
Quote Atata 23-8-2019 01:29 PM
matchstick replied at 23-8-2019 01:24 PM
first time dengar nama kucaimars aku ingatkan nama komposer or penulis lirik. mcm nama pena gitu

Kucaimars? Mcm nama meow
Quote idril 23-8-2019 01:34 PM
nanti nyanyi kat funfair je dek.... kalau event corporate ke dengar nama x comercial gitu x koser org nak panggil.
Quote kiah_mai_pulak 23-8-2019 01:46 PM
Kucaimars walaupun sedap disebut tp agak tidak proper nk digunakan sbg nama komersil.. kucai ni kena rebranding balik la nama dia, lagipun nama Amirul tu belum ada lagi yg pakai kan?
Quote bakingsoda 23-8-2019 01:49 PM
betul tak sesuai nama kuchaimars, mcm nickname internet jah
Quote beta_carotene 23-8-2019 01:51 PM
Ko rasa?? Nama kau pelik2 pastu slhkan org xleh sebut..
Quote Iris. 23-8-2019 01:54 PM
Patutlah nak letak nama mars tu
Terasa bruno mars ke dek?
Quote unguaurora 23-8-2019 01:55 PM
Kalau genre rap tu mgkn sesuai la mcm altimet, ni lagu ballad..Mcm kurang sesuai. Sblm terlambat ni, better tukar. Fans heols tu biar la kucaiyang
Quote duri_durians 23-8-2019 02:07 PM
disebabkan nama yg entah apa2 tu la aku tak terasa nak klik lagu dia kat Spotify.

cari la nama yg menarik sikit.

Amir Husyairi - cukup elok utk buat stage name

Amirul Husy
Amir Husy

Amir Syairi -- dah macam sarah suhairi pulak

Hush Amir -- macam Hail amir lak
susah juga nak pilih nama ye
Quote mieymiey 23-8-2019 02:23 PM
Kalau ko nak jadi pelawak boleh la guna nama cenggitu. Tapi kalau bercita-cita nak jadi penyanyi tersohor, tukar la sementara ko masih nak membina nama.
Quote Boomibulat 23-8-2019 02:28 PM
Semoga dik kucai segera melingkup.
Quote Carcosa 23-8-2019 02:30 PM
Feeling Bruno Mars ke dikkkk {:good
Quote diggerr 23-8-2019 02:39 PM
Tak rilek betul
Quote doubleA 23-8-2019 03:06 PM
memang tak commercial langsung nama kucaimars? kartunis jah guna nama pena sayur2 ni. nama asal lagi sedap amirul, lagipun manada penyanyi nama amirul lagi. nak hipster pun jangan bongkak, sama la peminat pun. kalau nak kekal nama camtu sendu la ko. imagine dalam paper, award, kucaimars hahahaha
Quote nolya 23-8-2019 03:30 PM
Kalau aku mesti aku fikir nama kompeni/syarikat atau nama sejenis  minuman jamu...mcm seraimas.
Quote laksmanabentan 23-8-2019 03:44 PM
siapa ler suggest nama camni...
adddoiii...
ko duduk jalan Kuchai ke camna dia?
ala Planet Marikh Jalan Kuchai gitu la ya...
Quote TabletSusu 23-8-2019 03:45 PM
lorrr nama org/individu ke? aku igt nama syarikat mana td
Quote MadameOnion 23-8-2019 04:29 PM
walaupun aku bukan penggemar tokti..aku rasa takda salah pun tokti panggil dia amirul..yaang pentaksub si kucai suara tak sedap ni dah kenapa? boh nama apun pun takkan menang big stage sbb tak hensem..okbai

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.037405 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top