CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kematian Tragik, Suami Maut Jatuh Tingkap, Isteri Mati Terkejut Kena Serangan Jantung

22-9-2019 09:40 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7492| Komen: 42|Original author: Sang_Pencinta

Malang bertimpa-timpa bagi keluarga sepasang warga emas Singapura yang tinggal di Toa Payoh apabila kedua-duanya menemui ajal yang tragik pada hari yang sama. 

Kredit foto: Carian Google


Seperti yang dilaporkan oleh portal berita Mothership, seorang wanita warga emas berumur 70 tahun mati terkejut apabila mendapati suaminya, 84, terjatuh dari tingkap rumah pangsa mereka yang terletak di Tingkat 10.  

Kredit foto: The New Paper


Dipercayai suami kepada wanita itu terjatuh ketika cuba menjemur kain. Pada mulanya, jiran pasangan itu menyangka tiang bambu yang terjatuh ke tanah apabila mendengar bunyi kuat tetapi terkejut melihat jasad seorang lelaki yang sudah tidak bernyawa.  Polis dan paramedik kemudian dipanggil ke tempat kejadian bagaimanapun mangsa disahkan mati di tempat kejadian.


Kredit foto: Carian Google


Sejurus selepas itu, isteri kepada lelaki itu pula mendapat serangan jantung. Menurut saksi, si isteri pitam mendengar perkhabaran mengenai suaminya dan dikejarkan oleh ambulan ke hospital berdekatan. 


Bagaimanapun, laporan berita susulan oleh akhbar The New Paper mengatakan wanita itu juga mati pada hari yang sama selepas CPR gagal memulihkannya.- CARI 


Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote afidahhb 22-9-2019 10:43 AM
sehidup semati
Quote Pink_Purple 22-9-2019 11:05 AM
sian warga2 emas yang tinggal bersendirian
Quote Foxey 22-9-2019 11:08 AM
Kesiannya. Menunjukkan kasih sayang yang terikat di antara keduanya kuat. May they rest in peace.
Quote Perawankota 22-9-2019 02:30 PM
Itu namanya sehidup semati..
Quote Catpaw 22-9-2019 02:34 PM
Sedihnya...
Quote RatuDunia94 22-9-2019 03:09 PM
Singapore ramai kan warga emas yg tinggal sendirian..
Quote Skuau 22-9-2019 03:12 PM
'till death do us part'-White Lion.
Quote Burong_Hantuk 22-9-2019 03:13 PM
Al fatehah
Quote diggerr 22-9-2019 03:23 PM
Quote Nana_Man 22-9-2019 03:38 PM
Apek nyonya tu tinggal ngan anak dorang yg blm kawin. Anak2 lain tinggal tmpt lain.
Quote Malaysia.Doom 22-9-2019 04:42 PM


Kesian nya May God Bless their Roh
Quote paz 22-9-2019 04:48 PM
Sebabnya nak sidai kain aja. Maknanya bahaya lah process nak sidai kain dia orang ni.
Quote mawarika 22-9-2019 05:09 PM
paz replied at 22-9-2019 04:48 PM
Sebabnya nak sidai kain aja. Maknanya bahaya lah process nak sidai kain dia orang ni.

Mmg bahaya sis.. kadang2 bamboo tu boleh jatuh lg Kebawah.
Quote dubuk 22-9-2019 05:44 PM
selesai lah peringkat peringkat kehidupan...
Quote MissCarcosa9753 22-9-2019 05:48 PM
Guna jelah dryer
Quote diss69 22-9-2019 05:51 PM
Cinta sehidup semati..
Quote ainashiqa 22-9-2019 06:57 PM
Sehidup semati betul ni. Takziah utk keduanya
Quote danieladam 22-9-2019 08:20 PM
So apa tindakan dan penyelesaian kerajaan Singapore yg konon2 first world country untuk masalah bahaya sidai baju di pangsapuri yg tinggi2 ni?
Quote mamarock 22-9-2019 08:28 PM
Banyak kali dah dengar kes sebegini kat Singapura.

RIP

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.041528 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top