|
Selepas berita perceraian Vanidah Imran dan Rashidi Ishak yang mengejutkan peminat seni negara, kedua-dua mereka cukup profesional meneruskan kehidupan masing. Rasa-rasanya masing-masing tidak membongkar sisi buruk bekas pasangan masing-masing. Malah, Vanidah juga dilaporkan Astro Awani meneruskan kehidupan dengan penuh cemerlang. Dia akan mewakili negara sebagai pesilat Pusaka Hanafi dalam Chungju World Martial Arts Masterships (WMC) 2019. Fuh, bukan calang-calang ni!
"Saya mula mempelajari silat ini sebagai seni mempertahankan diri untuk keselamatan diri, kemudian timbul minat sehingga meletakkan diri saya pada peringkat ini sekarang," katanya. Dia juga mendedahkan selepas bercerai, dia menyibukkan diri melakukan semua perkara yang dia suka. "Saya meluangkan masa melakukan perkara yang saya minat. I am living my life to the fullest, daripada saya duduk tidak membuat apa-apa lebih baik saya mengisi masa lapang saya dengan aktiviti sukan, seni mempertahankan diri, belajar dan meluangkan masa bersama anak-anak," jelasnya. Bagus kan sikap ni? Daripada sibuk dedah keburukan bekas pasangan atau gatal cari suami baru, lebih baik hidup sendiri buat perkara yang kita suka. Semoga terus bahagia Vanidah! - CARI |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.393894 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.