"Saya tak faham kenapa ada orang tak boleh hormat privasi orang lain. Semua orang tahu saya tidak pernah post dia (kekasih) di media sosial." Wah, marah betul Ruhainies apabila ada pihak mendedah dan menyebarkan gambar wajah kekasihnya yang dikenali sebagai Mr E atau Elf Johan.
Memetik mStar, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas meluahkan rasa kecewanya itu menerus Instagram. "Tolong ada sedikit hormat, sekurang-kurangnya minta kebenaran," katanya di IG Story yang dipercayai sudah dipadam. Dalam masa sama, Ruhainies memuji sikap wartawan dan peminat yang menghormati hak privasinya dengan tidak mendedahkan identiti bakal suaminya itu. Malah, katanya ada peminat yang memotong gambar kekasihnya sebelum dimuat naik di media sosial. "Orang awam atau peminat pun hormat, kalau nampak saya di luar atau nak bergambar mereka akan crop gambar dia (Mr E). "Wartawan yang pernah jumpa dia pun tak pernah post atau masuk dalam surat khabar," ujarnya. Ayok, siapalah tetamu majlis yang snap gambar Mr E dan mendedahkannya untuk tatapan ramai di media sosial tu agaknya? - CARI
|
unguaurora replied at 23-8-2019 03:24 PM
Screenshot perbualan dgn diri sendiri ke tu??
Kurex replied at 23-8-2019 03:20 PM
Semalam dah ada cerita kemut, hari ni kemut lagi.. Kawennya tak jugak kemut ni
ADVERTISEMENT