CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Belanja RM3.3 Juta Beli Barang Kemas Untuk Isteri Bekas PM Qatar

23-8-2019 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3514| Komen: 20

Mantan Perdana Menteri membelanjakan kira-kira RM3.3 juta untuk membeli barangan kemas De Grisogono di Itali sebagai hadiah kepada isteri bekas Perdana Menteri Qatar.

Lapor Utusan, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Husain, 54, berkata, perkara itu diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak ketika kenyataannya dirakamkan SPRM.



Rosli Husain
Kredit foto: BH Online

"Itu dakwaan Datuk Seri Najib. Beliau juga terangkan jumlah digunakan seperti mana hasil siasatan," kata saksi pendakwaan ke-57 itu ketika menjawab soalan peguam Farhan yang mewakili Najib dalam perbicaraan berhubung penyelewengan dana SRC International hari ini.

Beliau juga mengesahkan Najib menyatakan barangan kemas itu diberi kepada pemimpin luar negara kerana mempunyai hubungan rapat dengan Malaysia.


Dalam perbicaraan sebelum ini, Naib Presiden Kanan Kumpulan Ambank, Yeoh Eng Leong, 58, mengemukakan keterangan mengenai transaksi kad kredit bekas Perdana Menteri itu yang menunjukkan sebanyak RM2.86 dibelanjakan di butik barangan kemas berkenaan menggunakan kad kredit Mastercard Ambank miliknya.


Kredit foto: IG Najib Razak

Manakala, kad kredit Visa Ambank menunjukkan dua transaksi pembayaran berjumlah RM456,360.51.

Sementara itu, BH Online melaporkan, Eng Leong mendakwa kedua-dua kad kredit Ambank itu mempunyai limit penggunaan berjumlah RM3 juta. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 23-8-2019 05:57 PM
Wow...
Quote tumpanglalu74 23-8-2019 06:03 PM
Batak pemakan taik sume boleh masok mengadap..  Next!
Quote diggerr 23-8-2019 07:50 PM
Banyak tuuu
Quote Carcosa 23-8-2019 08:24 PM
Kemainnnn Pak Jibby kasi hadiah main jota2 {:childlike
Quote MelahJanda 23-8-2019 09:05 PM
Penjenayah.
Hukum mati je sis no second chance
Quote ruffboyz 23-8-2019 09:40 PM
sial belanja mcm hari esok nak kiamat!
Quote kelana36 23-8-2019 09:57 PM
Dia guna duit dia sendiri,  biarlah.
Quote unguaurora 24-8-2019 01:24 AM
Minami2013: Wow...
{:cryrun {:cryrun
Quote addved 24-8-2019 11:26 PM
Wow banyak tu
Quote olaklempit 24-8-2019 11:47 PM
3 juta tu boleh cover baiki rumah rakyat miskin, jalan berlubang, haishhhh.....tak sedar diri bila pegang byk duit
Quote karlmax8 25-8-2019 01:57 AM
Patutnya najib beli je emas zhulian bagi kat PM Qatar tu,baru 2, 3 ratus. Memboros je keje nye. Bukan ada pulangan pun dari Qatar
Quote dauswq 25-8-2019 05:49 AM
Nak bagi tu, bagi ler. Tp make sure lah catit bgth kt media pemberian tu.

Ni senyap2 terus bagi. Dubious sgt pemberian tu.
Quote ketambangkang 25-8-2019 12:19 PM
credit limit 3 juta noh..ceq punya 5 ribu je chuols..tu pon kekadang monthly x bayor
Quote ahd_naa 25-8-2019 09:28 PM
tujuan bagi bekas isteri orang?
Quote Sham143 25-8-2019 09:34 PM
Wow..RM 3.3 juta senang2 aje beri pd orang kaya Qatar...sedangkan rakyat malaysia ramai yg susah..
Quote AHMADVW 25-8-2019 11:27 PM
Bukan besha2 bossku
Quote kucingitam 26-8-2019 11:46 AM
ahd_naa replied at 25-8-2019 09:28 PM
tujuan bagi bekas isteri orang?

bukan bekas isteri la...isteri bekas pemimpin...hihi..
beli brg kemas bg kat bini org juta2...guna duit sendiri lak tu..wow! just wow!


Quote ahd_naa 26-8-2019 09:57 PM
kucingitam replied at 26-8-2019 11:46 AM
bukan bekas isteri la...isteri bekas pemimpin...hihi..
beli brg kemas bg kat bini org juta2...gun ...

hahahaa.. my bad. untungla bini orang tu.

Quote kucingitam 27-8-2019 09:30 AM
ahd_naa replied at 26-8-2019 09:57 PM
hahahaa.. my bad. untungla bini orang tu.

hahahhaa...
kang tak memasal bosskurr kena fitenah skandal dgn bekas bini org...ahhaha


Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.044104 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top