CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerja Di Kedai Bubble Tea, Usus Lelaki Tersumbat Dengan Boba

26-8-2019 11:05 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 6599| Komen: 41|Original author: Nia M

Seringkali kita mendengar berita kurang baik tentang bubble milk tea yang sememangnya sinonim sekali dalam masyarakat kita. 

Kalau berkunjung ke pusat membeli-belah, memang tak sah kalau tidak membeli minuman sedap itu. Tapi, selamatkah minuman ini?

Kredit foto: Google


Seorang lelaki berusia 20 tahun di Vietnam mengadu sakit perut  sejak pertengahan Julai sebelum akhirnya pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Apabila diperiksa oleh doktor, lelaki tersebut disahkan mengalami usus tersumbat lalu terpaksa menjalani pembedahan. Menurut doktor, punca usus tersumbat adalah kerana sisa makanan yang tidak dapat hadam kerana terlalu keras dan pejal, yang juga bermaksud makanan itu tidak dapat dihancurkan oleh sistem badan. 

Kredit foto: Vietnam net



Setelah pembedahan dilakukan, doktor menemui dua ketulan besar berwarna hitam tersekat di usus pesakit itu, yang rupa-rupanya ketulan kanji ubi kayu. Apabila ditanya, lelaki itu pernah bekerja di kedai menjual bubble milk tea sebelum ini.

Kredit foto: Vietnam net


Dia mengaku meminum minuman ini bersama boba pearl sebanyak tiga kali sehari. Doktor mendakwa kes lelaki ini sangat berbahaya dan sekiranya terlambat boleh membawa maut.

Walaupun boba pearl hanya diperbuat daripada tepung ubi kayu, namun pengambilannya secara berlebihan mungkin  tidak boleh dipandang ringan disebabkan sifatnya yang kenyal dan susah untuk hadam. 

Jom kita semak balik gaya pemakanan kita? - CARI 
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • cintan66


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheekylala 26-8-2019 11:21 AM
alamak baru je layan boba smlm
Quote diggerr 26-8-2019 11:28 AM
Di minum boba ke batu? Sampai tak boleh digest tu
Quote sarah82 26-8-2019 11:30 AM
Tu dia.. Sehari 3× makan.. Mau tak tersumbat.
Quote Supersirap 26-8-2019 11:47 AM
Boleh minum tetapi kena ada buat jadual pengawalan yang ketat
Quote Artemesiaa 26-8-2019 11:50 AM
Apa2 yang berlebihan pasti memudaratkan
Quote paz 26-8-2019 11:55 AM
Minuman hazard.
Quote Tweety_Senrose 26-8-2019 11:55 AM
Dia tak kunyah ke pearl tu? Minum terus telan? Kalau aku selalu pastikan kunyah pearl tu
Quote ReginaGeorge 26-8-2019 11:57 AM
3x sehari, agaknya elaun makan la tuh.
Quote videcloset 26-8-2019 12:01 PM
dia sedut ke boba2 tu? teruk sgt. i tak paham org yg boley minum boba ni hari2. tak muak ke?
Quote kibodwatriuh 26-8-2019 12:01 PM
merepek nak mapuh.
Quote wafeloren 26-8-2019 12:09 PM
layan milk tea xyah la pearl tu... sesekali blh le. pearl tu pun manis yakmat.
Quote Kurex 26-8-2019 12:10 PM
Bukan sefap pun
Quote salmon-suki 26-8-2019 12:19 PM
Ape laa y sedap sgt psl boba ni?byk dah kisah buruk psl boba...better aiolzs beli abc jah,lagi sedap drpd overpriced boba nih
Quote RatuDunia94 26-8-2019 12:35 PM
Boba tea ni kalau bukan kerana buble tu pon mmg dh sedia bahaya sbb kandungan gula yg tinggi..
Quote minguk 26-8-2019 01:01 PM
makin banyak kes boba.. takut nyaaaaa
Quote Cpkay 26-8-2019 01:39 PM
kenyang agaknya minum boba 3 kali sehari.. tak yah amik nasi dah ..
Quote Fleur81 26-8-2019 03:33 PM
Agaknya dia ni main telan je boba tu..x kunyah plus minum 3x sehari pulak tu
Quote aleesyasofia 26-8-2019 03:54 PM
xberagak pon nak minum byk.. mjur iols jrg mnum.. kalau tringin sbln skali jer.. tue pon blh bilang pkai jari bpe kali jer mrase..
Quote Foxey 26-8-2019 04:04 PM
Sib baik la tak minat boba pearls nih

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.035666 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top