Setiap kali sambutan Bulan Kemerdekaan tiba, pasti ramai rakyat Malaysia menzahirkan semangat patriotisme mereka dengan mengibarkan Jalur Gemilang mengikut kreativiti masing-masing. Dalam keseronokan itu, mungkin ramai yang terlepas pandang bahawa terdapat 'pantang-larang' berhubung pengibaran Jalur Gemilang seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan melalui modul Bendera Kita Jalur Gemilang terbitan Arkib Negara. Contohnya, ada dalam kalangan wanita yang memilih untuk menggayakan tudung bertemakan Jalur Gemilang, manakala sebahagian golongan lelaki menjadikan bendera Malaysia itu sebagai hiasan songkok mereka. Walau bagaimanapun, seperti dijelaskan dalam modul yang disiarkan dalam laman sesawang Jabatan Penerangan Malaysia itu, Jalur Gemilang tidak boleh digunakan dalam perkara yang ditafsirkan sebagai merendahkan martabatnya seperti alas meja, kain tudung, payung, songkok, topi, tuala mandi dan alas kusyen. "Penggunaan bendera dalam pelbagai bentuk seperti pakaian dan sebagainya perlu dielakkan kecuali semasa sambutan Bulan Kemerdekaan dan jangka masa penggunaannya adalah terhad," jelas modul berkenaan. Selain itu, ramai juga pemandu yang mengibarkan Jalur Gemilang pada kenderaan masing-masing sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan. Modul berkenaan menyatakan, tiada halangan untuk berbuat demikian asalkan pemasangan bendera tidak membahayakan pemandu dan pengguna jalan raya yang lain. Pemasangan bendera kecil pada kenderaan pembesar-pembesar tertentu juga mempunyai protokol yang ditetapkan. Patuhi garis panduan berkaitan Jalur Gemilang yang dikeluarkan oleh kerajaan. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang garis panduan berkaitan Jalur Gemilang boleh memuat turun modul tersebut melalui pautan berikut: |
holothurian replied at 27-8-2019 11:41 AM
aku geli betul,tengok ramai perempuan kat mall buat rombongan cik kiah,seragam je pakai tudung jalur ...
aHoi83 replied at 27-8-2019 12:04 PM
"Penggunaan bendera dalam pelbagai bentuk seperti pakaian dan sebagainya perlu dielakkan kecuali sem ...
ADVERTISEMENT