CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Perangai Gila-gila, Rupanya Sharifah Sakinah Alami ADHD Dan Disleksia Sederhana

28-8-2019 10:26 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 27091| Komen: 161|Original author: Oleh: natrahn

Sebut sahaja nama Sharifah Sakinah tentu ada yang mengaitkan beliau dengan sikap gila-gilanya. Sejak dulu lagi, Sakinah memang tidak kisah dengan komen negatif daripada mereka yang kurang senang dengan sikapnya itu.



Kredit Foto - Instagram Sharifah Sakinah

Beliau pernah dilabelkan sebagai selebriti yang tidak menjaga sensitiviti masyarakat. Lebih-lebih lagi apabila Sakinah memuat naik foto-foto beliau di Instagram, pasti ada pihak cuba mencari kesalahannya.




Terbaru, Sakinah mengejutkan peminatnya apabila membuat pengakuan bahawa beliau sebenarnya mengalami disleksia sederhana dan memiliki ciri-ciri hiperaktif  'Attention Deficit Hyperactivity Disorder' (ADHD) sejenis ketidakseimbangan mental paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja.


Simptom ADHD untuk kanak-kanak mudah dilihat tetapi agak sukar untuk didapati pada peringkat orang dewasa. Ini kerana kebanyakan tanda ADHD yang ada pada orang dewasa akan disembunyikan oleh pemikiran yang semakin matang.

Perkara tersebut hanya disedari selepas tamat persekolahan beberapa tahun lalu. Masalah yang dialami ini menyebabkan beliau sukar untuk untuk fokus dalam melakukan tugasan seharian dan juga berbual untuk jangka masa panjang. Beliau juga tidak mampu menghabiskan beberapa perkara yang dilakukannya. 

"Saya gemar membaca buku, tapi tak mampu nak habiskannya. Tengok filem pun separuh-separuh. Menaip pun mesti typo teruk."

"Lepas tamat persekolahan saya baru sedar saya ada ciri-ciri ADHD dan disleksia sederhana." ujarnya menerusi entri di Instagram.



Tambah Sakinah, membesar dalam keluarga Melayu membuatkan dirinya sukar untuk mengesan perilaku serta masalah yang dialami dan tambahan pula, pada ketika itu masyarakat Melayu kurang mempunyai kesedaran tentang perkara tersebut.

Beliau berikhtiar sendiri membantu dirinya menjadi lebih fokus dan normal seperti individu lain.

Menurut portal Myhealth, Profesor Michael Fitzgerald, pakar psikologi daripada Trinity College Dublin memaklumkan bahawa apabila individu yang mempunyai ADHD bekerja dengan fokus, mereka boleh menghasilkan sesuatu yang jauh mendahului manusia biasa. 

Ternyata Sharifah Sakinah telah melakukan langkah yang betul bagi mengatasi masalah ADHDnya. Selamat maju jaya Sakinah. - CARI
2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imanda 28-8-2019 10:48 AM
so fml sheol tmasuk lakinya xkisah la sheol wat pangai pelik2 terbaru pelok jejans baru2 ni sb sheol sakit otak??? sian kat anaknya..
Quote fliphair8 28-8-2019 10:54 AM
aku rasa dia baca porem, banyak kecaman so kena laa mintak simpati acik2 porem. Ape-apelah kinah, adhd or dyslexia doe not entitle you to be rude to people.  ke aku salah?
Quote da_vinci 28-8-2019 10:57 AM
tapi boleh nmpak keadaan Kinah masa dlm Sherry Show tu....tak boleh duduk diam dan tak fokus...simpati lak
Quote roti_banjir 28-8-2019 10:59 AM
melabelkan seseorang yg mempunyai masalah berkaitan kesihatan mental  sebagai SAKIT OTAK adalah sangat tidak membantu….

oleh kerana stigma masyarakat kita mcm nih lar, ramai pesakit yg mengalami masalah kesihatan mental takut untuk mendapatkan rawatan dan akhirnya memberi kesan mendalam dalam kehidupan mereka…..

walau apa sekalipun cara penerimaan dari keluarga dan suami dia, sekurang-kurangnya, tak ada yg menolak dia or menjauhkan diri dari dia bila tahu yg dia memang ada masalah pembelajaran dan pergaulan...
Quote matchstick 28-8-2019 11:01 AM
self-diagnose je ke..xde jumpa pakar ke
Quote MadameOnion 28-8-2019 11:04 AM
sapa yg diagnose dia?
Quote kucingitam 28-8-2019 11:07 AM
ni nak cover kes dia melompat peluk designer atas pentas tu ke?
Quote Nonones 28-8-2019 11:09 AM
fliphair8 replied at 28-8-2019 10:54 AM
aku rasa dia baca porem, banyak kecaman so kena laa mintak simpati acik2 porem. Ape-apelah kinah, ad ...

Exactly!!!!!!
Quote Star_el 28-8-2019 11:13 AM
matchstick replied at 28-8-2019 11:01 AM
self-diagnose je ke..xde jumpa pakar ke

true, aku pun baru nak tanya tu
Quote ketambangkang 28-8-2019 11:15 AM
kucingitam replied at 28-8-2019 11:07 AM
ni nak cover kes dia melompat peluk designer atas pentas tu ke?

harus le tu
Quote -Suri- 28-8-2019 11:20 AM
So ni justification dia utk menyeksi dan peluk panjat jantan on stage? Dia diagnose sendiri ke pegi hospital check? Skrg ni ramai yg suka diagnose sendiri benda2 camni. Suka kemas2 sikit tgk barang teratur terus claim ocd.
Quote Madel 28-8-2019 11:22 AM
Tiberrrr
Quote umbut 28-8-2019 11:23 AM
Yg bagusnya kinah ni.. x sentaap dan jadi diri sendiri.. bkn cam cik buah
Quote beta_carotene 28-8-2019 11:24 AM
xde nye... kau tu cuma bengap sahaja
Quote TabletSusu 28-8-2019 11:26 AM
umbut replied at 28-8-2019 03:23 AM
Yg bagusnya kinah ni.. x sentaap dan jadi diri sendiri.. bkn cam cik buah

cara kawal kesentapan dia berbeza pd aku. klu x sentap, xde kot keluar justification dia ni
Quote unguaurora 28-8-2019 11:42 AM
So alasan OKU yg membolehkan sheols buat perangai gila2???
Quote takayama 28-8-2019 11:42 AM
dia kata dia dpt taw "penyakit" ni lps sekolah
knp kakak2 dia x pernah cerita seblm ni, muyskil plk
Quote chicozinn 28-8-2019 11:46 AM
hmm..kalu self diagnose haruslah kena hencap ngan netz yachhhh
Quote generalsoap 28-8-2019 11:54 AM
unguaurora replied at 28-8-2019 11:42 AM
So alasan OKU yg membolehkan sheols buat perangai gila2???

Mental disorder bukan oku

Lihat semua komen(161)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.053852 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top