CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pahang Denda Premis Tak Kibar Bendera

27-8-2019 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2384| Komen: 9

Pemilik premis perniagaan di Pahang yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri boleh didenda sehingga RM250 sempena Bulan Kebangsaan.

Memetik Astro AWANI, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Norkamawati Kamal dalam satu kenyataan media berkata, pemilik premis diberi tempoh sehingga hari Rabu sebelum penguat kuasa MPK menjalankan operasi.



Foto: Visualize Picture

"MPK mensyaratkan premis perniagaan di negeri itu mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri serta memberi pencahayaan sempena sambutan bulan kemerdekaan pada 15 Ogos hingga 16 September 2019," katanya.

Katanya, syarat itu adalah berdasarkan Pekeliling Pelesenan Bil 10/2019 - Pengibaran Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Pahang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-62 Tahun 2019 Peringkat Negeri Pahang.

Pemilik premis yang gagal mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri boleh dikompaun di bawah Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan kerana melanggar syarat lesen seperti mana syarat-syarat am yang tertera di belakang setiap lesen premis perniagaan. - CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 27-8-2019 12:46 PM
Sedih kat negara sendiri sampai akan dikenakan denda sebab tak mengibarkan bendera kebangsaan tapi kalau di negara lain setiap ceruk ulu mana pun mereka dengan gigih mengibarkan bendera kebangsaan negara mereka secara sendiri tampa perlu disuruh2.
Quote diggerr 27-8-2019 01:53 PM
Mana patriotisme
Quote saviour_09 27-8-2019 03:00 PM
kesian

barisan rumah aku
aku sorang je terpacak bendera depan rumah
jiran2 lain maybe dari zimbabwe kot

semangat tu takde langsung

ntah laaa labuuuu

Quote zorrro_03 27-8-2019 03:43 PM

takpe.  u mulakan dulu.  nanti orang ikut.    
Quote saviour_09 27-8-2019 03:45 PM
zorrro_03 replied at 27-8-2019 03:43 PM
takpe.  u mulakan dulu.  nanti orang ikut.

almost a month sis

still macam tu jugak

eh malas la ambik port
aku tetap merdeka
Quote Loloq89 27-8-2019 03:52 PM
duit leh cari..

maruah?
Quote DeMax 27-8-2019 03:54 PM
Korang nak tengok Jawa, Bugis dan lain-lain pendatang Indon kibarkan bendera....jgn harap la bro..depa ni tak boleh harap
Quote zorrro_03 27-8-2019 05:02 PM
saviour_09 replied at 27-8-2019 03:45 PM
almost a month sis

still macam tu jugak

yup.  kita buat apa yang betul.  semangat mengibar dan memuliakan Jalur Gemilang mesti diperkuatkan.  tambah lagi dalam keadaan DAP yang merendah2kan kedudukan bendera.  
Quote Mary_jane 28-8-2019 09:19 AM
Elok jah i kibar kat rumah, kereta. Semangat orang lain2.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.063828 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top