Ibu mana yang tak sakit hati bila anak sendiri dihina dan diejek. Nana Mahazan mengakui yang hatinya sering tersentuh bila anak sulungnya, Althea Raqeem Brian, 9, selalu menjadi mangsa body-shaming dan buli di media sosial.
Yang mampu Nana buat hanyalah sekadar memadam komen dan menyekat individu berkenaan. "Anak saya selalu jadi mangsa kecaman, ada yang kata selekeh dan samakan dengan muka haiwan. Mereka tinggalkan komen itu semua di IG saya, nasib baik anak-anak tak baca, tapi emaknya lah yang sentap," katanya kepada mStar Online.
Pengacara dan pelakon ini juga menyatakan tak mengapa jika ada yang cakap buruk tenyang dirinya, tapi bukan pada anak-anak. "Saya akan meroyan seorang diri dan padam komen tersebut. Itu sahajalah yang boleh buat," tambahnya.
Nana kata, dia tak mahu paksa Althea untuk bergaya dengan fesyen tertentu memandangkan anaknya masih dalam proses menentukan gaya dan fesyen yang diminati. "Ada yang kata emak sahaja cantik, anak selekeh. Dia yang suka pakai baju begitu takkan saya nak suruh dia pakai kasut tumit tinggi pula." Jahatlah mulut netizen, anak dia tu cantik sangat ke? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|