Berita Harian melaporkan, polis menahan seorang pelakon lelaki bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan penerbit bergelar Datuk. Aktor berusia 25 tahun itu ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya jam 12 tengah hari semalam.
Selain itu, polis turut merampas telefon bimbitnya bagi membantu siasatan. Difahamkan, penerbit terbabit membuat laporan polis pada Jun lalu dan mendakwa wang pelaburan lebih RM200,000 miliknya lesap pada awal Mac lalu. Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab yang mengesahkan penahanan pelakon lelaki berkenaan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan. Sementara itu, mStar Online melaporkan kes penipuan itu membabitkan penerbit drama Datuk A. Aida dan pelakon yang ditahan merupakan pelakon yang membintangi drama Gerak Khas dan memegang watak sebagai pegawai kanan polis.
Media pada Jun lalu melaporkan bekas suami A. Aida, Ariff Aziz turut ditahan bagi membantu siasatan atas dakwaan melarikan RM200,000 milik penerbit berkenaan. - CARI
|
RatuDunia94 replied at 28-8-2019 12:23 PM
Mas Khan (whoareyus bukan?) kot.. Sbb dulu heols pernah digosipkan jd anak ikan A Aida.
RatuDunia94 replied at 28-8-2019 12:23 PM
Mas Khan (whoareyus bukan?) kot.. Sbb dulu heols pernah digosipkan jd anak ikan A Aida.
ADVERTISEMENT