CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bukan Niat Tunjuk Alim, Gadis Tular Solat Atas Rumput

29-8-2019 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9992| Komen: 113

Seorang gadis menjadi bualan warganet selepas fotonya sedang bersolat di atas rumput menjadi tular. 

“Bukan niat saya untuk menunjuk alim sebaliknya memilih solat di situ kerana bimbang tak sempat memandangkan waktu Maghrib hampir tiba,” kata Noor Aliyah Ali Choon, 26.


Memetik laporan Harian Metro, gambar gadis ini dimuat naik sepupunya, Nur Ainul Jannah Isnin lalu dan kini mendapat lebih 2,800 tanda suka dan 2,000 ulang ciap. 

Kredit foto: Harian Metro

Katanya lagi, dia tidak tahu gambarnya diambil dan dimuat naik oleh sepupunya. 

“Kami tiba di Kuala Lumpur agak lewat iaitu 5 petang dan terus ke Sri Petaling menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) untuk urusan kerja di situ.


“Selesai tugasan, kami cuba mencari surau atau masjid berhampiran namun tak menemuinya kerana tidak biasa dengan kawasan itu dan mulanya bercadang solat di stesen LRT saja.


“Malah kami sudah menempah perkhidmatan Grab untuk ke stesen LRT berkenaan tetapi pemandu itu dijangka tiba lewat disebabkan kesesakan lalu lintas dan disebabkan masa suntuk, saya nekad solat Jamak di atas rumput saja.

“Namun saya sudah memeriksa kawasan berkenaan terlebih dulu dan tidak teragak-agak untuk solat di situ kerana persekitarannya bersih,” katanya  yang datang dari Kedah ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. 

Paling dia terharu dan mengucapkan terima kasih kerana pemandu Grab itu sanggup menunggunya solat meskipun bukan merupakan seorang Muslim. - CARI 
3

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote duyong95 29-8-2019 01:04 PM
masjid tabligh ada dik kat Seri Petaling
Quote nikaido 29-8-2019 01:10 PM
Masa Bersih, ramai yg sembahyang tepi jalan. Tp org perli nak menunjukla, mcm malaysia takde suraula. Yg ni awek cun sembahyang atas rumput beribu like & retweet
Quote Boomibulat 29-8-2019 01:14 PM
Semoga dapat jadi imam aliyah cun...
Quote -Suri- 29-8-2019 01:16 PM
Ko nak solat kat mana2 pun takpe dik asalkan bersih tempatnya.
Quote dramaking007 29-8-2019 01:18 PM
bagusla ....
Quote mbhcsf 29-8-2019 01:32 PM
cool, solat la mana manapun  yg bersih, no problem, ada isu ke?
Quote clarizsa 29-8-2019 01:37 PM
Sukahati kamu lah
Tapi gedik yg gigih amik gambar pstu viralkan
Hadap pujian
Pfftt

Jamak mesti waktu maghrib je ke

Masa isyak xleh jamak ke

Bukan ke ada 2 jenis jamak

Hmmm
Quote diss69 29-8-2019 01:40 PM
Alhamdulillah... Moga ank iniberjaya dunia akhirat..
Quote ALDRIN 29-8-2019 01:43 PM
Sempat lg amik pic...
Quote zacEfron 29-8-2019 01:44 PM
Edited by zacEfron at 29-8-2019 02:09 PM
clarizsa replied at 29-8-2019 01:37 PM
Sukahati kamu lah
Tapi gedik yg gigih amik gambar pstu viralkan
Hadap pujian
Jamak mesti waktu maghrib je ke

Masa isyak xleh jamak ke

Bukan ke ada 2 jenis jamak




dia solat asar la dol..



Quote Foxey 29-8-2019 01:45 PM
Boomibulat replied at 29-8-2019 01:14 PM
Semoga dapat jadi imam aliyah cun...

Ni dah macam @Kurex je ni
Quote bezita60 29-8-2019 01:46 PM
Solat la kt mana2 pun. Yg batak sgt amik gambar letak kt media sosial kenapa?
Quote mdhelmi 29-8-2019 01:48 PM
bagus budak ni
Quote syidasaleh 29-8-2019 01:58 PM
clarizsa replied at 29-8-2019 01:37 PM
Sukahati kamu lah
Tapi gedik yg gigih amik gambar pstu viralkan
Hadap pujian

Sis dia kan kata memandangkan waktu maghrib hampir tiba. So dia nak solat jamak waktu2 sblm maghrib tu.
Quote Megikari 29-8-2019 02:14 PM
Bagus la budak ni sanggup solat kat rumput daripada jenis instafamous dan yg tak famous ni sanggup tak solat sebab taknak cuci mekap. I pun no hal dengan kes sepupu dia upload kat socmed sebab benda baik, bukan dia upload buat maksiat ke apa. Chill la, xyah asek kecam je bila orang buat benda baik
Quote haryatie 29-8-2019 02:15 PM
bukan dia yg upload dlm socmed pun
sepupu dia
kenapa la ada yg kecam
Quote belon 29-8-2019 02:17 PM
Bagus budak ni.. Semoga dicontohi..
Quote prettyuglybabe 29-8-2019 02:28 PM
masa sampai pukul 5 tu awat tak solat dulu..
dok kejarkan nak buat kerja dulu jugakkan..
Quote fliphair8 29-8-2019 02:32 PM
solat la kat mana2 dek oi, asalkan bersih. tapi gigih nak amik gamba tu hakak kecik jek tengok ko.

Lihat semua komen(113)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.045478 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top