CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Apa, Dapat Ayam KFC Kecil? Ini Tip Yang Perlu Anda Tahu Bila Beli KFC

3-9-2019 11:16 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 14143| Komen: 40|Original author: natrahn

KFC mula masuk ke Malaysia pada tahun 1973 dengan membuka cawangan pertama di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan terus berkembang sehingga kini.

Mulai Disember 2018, KFC dalam kenyataannya berkata, terdapat beberapa pelarasan kecil bagi harga produknya untuk memastikan syarikat berkenaan dapat terus menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Kenaikan mendadak harga ayam KFC yang disifatkan pengguna terlalu tinggi tetapi saiz ayam semakin kecil (kurus) mengundang kemarahan pelanggan. Masalah ayam kecil ini telah berlaku sejak sekian lama seolah tiada penghujungnya.



Kredit foto: KFC Malaysia


Baru-baru ini, seorang bekas pekerja KFC telah berkongsi tip apa yang pelanggan boleh buat sekiranya mendapat ayam bersaiz kecil menerusi entri di Facebook beliau.


Loading FB Post...

Jika makan di restoran :

1. Jangan sentuh ayam itu.
2. Terus bawak pergi kaunter untuk tukar sehingga kita puas hati.
3. Jika tak puas hati minta refund.

Jika take away atau drive through :

1. Terus check depan mereka, minta pinjam penyepit untuk check ayam terutamanya bahagian ayam kepak (wing) dan paha (drumstick). Nak lebih senang, minta mereka letak wing dan peha di bahagian atas masa bungkus supaya senang nak periksa saiz bahagian ayam.
 
2. Minta tukar serta merta jika dapat jenis kecil atau kita tak berpuas hati dengan saiznya.

Masalah ini terjadi kerana 4 tahap  prosedur  (SOP)  yang dilanggar sehingga pelanggan dapat kualiti ayam yang seperti ini.

Tahap 1 - Staff yang cuci ayam tidak ikut prosedur yang ditetapkan.

Tahap 2 - Staff yang masak ayam tidak ikut prosedur yang ditetapkan.

Tahap 3 - Staff yang racking ayam tidak ikut prosedur yang ditetapkan.

Tahap 4 - Staff yang menghidangkan ayam tidak ikut prosedur yang ditetapkan.

Mengikut standard KFC, ayam dengan saiz seperti ini tidak akan diproses langsung pada tahap pertama yang pertama. 

Jadi kita sebagai pelanggan bolehlah menggunakan tip di atas dan menggunakan saluran yang betul untuk mengadu mengenai saiz ayam yang kecil tersebut. Semoga bermanfaat. - CARI 
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 3-9-2019 11:48 AM
Setiap tahap salah staff ye...aym kecik pn salah staff jgk..
Quote Skuau 3-9-2019 11:52 AM
"cik..cik...bukan wa yg buat ayam tu kecik...ayam tu dh meme zahirnya 'dilahirkan' kecik"-
Quote Athrun.Zalaa 3-9-2019 12:03 PM
Lepas ni self service kfc smpai ke pilih ayam sendiri...
Xpun goreng sendiri...
Tp kena beratur...
Quote GigaMom 3-9-2019 12:03 PM
Dh puas mkn ayam kfc
Keluarlah resipi baru sekalipun
Thn ninai x jejak kfc lagi
Bertukar angin ngan texas chicken.
Quote CikB 3-9-2019 12:13 PM
bagus tips ni
Quote missDollie 3-9-2019 12:17 PM
Hmm thread KFC.. Makan KFC la japg.. Hmmm..
Quote any42 3-9-2019 12:19 PM
sume salah staff la gtu ye. msa cuci aym mmg aym tu jnis kecik so cmne staff nk bt jd besar? guna pam angin? -..-' i pnah bli aym bucket tp dpt dlm kotak snack plate je sbb sume aym kecik cenonet.
Quote haryatie 3-9-2019 12:37 PM
pernah sekali order (take away)
smpai kat rumah ayam kurang satu (dinner plate)
sejak tu trus check kat situ jugak
Quote Skuau 3-9-2019 12:40 PM
Athrun.Zalaa replied at 3-9-2019 12:03 PM
Lepas ni self service kfc smpai ke pilih ayam sendiri...
Xpun goreng sendiri...
Tp kena beratur...

ayam bawa sendiri@ikut suka ko nk bosar mana.....minta staf kfc tolong gorengkan(jer) dgn resepi/tepung goreng rahsia drng tu...kihkihkih...
Quote Artemesiaa 3-9-2019 12:51 PM
Baguslah dah ada yang bagi tips macam mana nak tangani kalau dapat yang saiz kecik sebelum ni mesti ramai yang tak tahu cara
Quote fifie_olin 3-9-2019 01:04 PM
klu dh terbau kfc ni
dh x pkir bsr kecik
rasa puas dpt mkn
tp mcm tingin mkn aym mcd plk
Quote CatMiow 3-9-2019 01:23 PM
Ayam kecik mengecut seba digoreng lain bentuknya, berbanding memang kecik.

Lagi satu,  nak pilih2 hingga puas hati,  alamat la penjang barisan beratur sebab nak puas hati punya pasal.
Quote Cpkay 3-9-2019 01:58 PM
aku kalau makan kfc kat outlet rasah seremban sure dapat kecik. tapi bila pergi kat kfc outlet lain Alhamdulilah dapat size yang memuaskan .
Quote natrahn 3-9-2019 02:07 PM
any42 replied at 3-9-2019 12:19 PM
sume salah staff la gtu ye. msa cuci aym mmg aym tu jnis kecik so cmne staff nk bt jd besar? guna pa ...

maksudnya kalau ayam kecik staff tak boleh guna ayam tu..pilih ayam lain.. lapor kat manager in duty la kot
Quote smartaleck07 3-9-2019 02:13 PM
tak penah lg jumpa ayam kecik gitu.. tu mcm saiz drumette je.. tapi mmg x dapat dinafikan ayam kfc mmg kecik esp yg drumstick & kepak.. hangin je bila dapat.. drumstick 4fingers besar gila.. mcm x percaya, tp bila bandingkan dgn kfc, mmg sedih ayam kfc..
Quote figurae 3-9-2019 02:48 PM
kenapa pulak semua salah staff.  kfc kenala pastikan saiz2 ayam yang sampai tu ikut saiz yg ditetapkan bukan salahkan staff. dah ayam besar itu je bile goreng tetap besar tu takkan mengembang pulak
Quote natrahn 3-9-2019 03:02 PM
figurae replied at 3-9-2019 02:48 PM
kenapa pulak semua salah staff.  kfc kenala pastikan saiz2 ayam yang sampai tu ikut saiz yg ditetapk ...

end product sebelum down ayam sampai kat staff. Sepatutnya staff tak perlu goreng ayam tu sbb saiz tak ikut piawaian.
Quote gideoncross 3-9-2019 05:17 PM
Entah2 beli utk yg budak2, sbb tu kecil. Btw klau dh lapar, bedal je, xyah banyak komplen.
Quote slipar_jepon 3-9-2019 05:26 PM
aku dpt mengomel jela takde la nk minta lebih2 hahaa.
awk..kuku tu kasi potong. geli plak kte. ayam sebesor jari awok eh hehe

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.074152 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top