CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tendang Isteri, Gigit Anak Hanya Kerana Usik Telefon Bimbit

30-8-2019 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4570| Komen: 27

Lelaki mengaku bersalah membelasah isteri dan anak hingga cedera kerana berang telefon bimbitnya diusik.

Ahmad Norhisham Kamaruddin, 40, membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam, lapor Sinar Harian.


Tertuduh didakwa melakukan dua kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membolehkan dia dihukum di bawah Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Dia didakwa menyebabkan kecederaan pada isterinya, Syarifah Rohani Syed Ahmad, 43, dan anak lelakinya, Amirul Iman Ahmad Norhisham, 19, di rumah di Jalan Pasir Panjang kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 23 Ogos lalu.


Foto: Sinar

Bagi dua kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga setahun atau dengan denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM4,000 bersama seorang penjamin dan menetapkan 12 September sebagai tarikh sebutan semula kes untuk jatuh hukum.


Sinar sebelum ini melaporkan seorang lelaki membelasah isteri dan anak lelakinya kerana tidak berpuas hati telefon bimbitnya diusik mangsa tanpa pengetahuannya.

Menurut laporan, dia tergamak menendang isterinya hingga rebah sebelum membelasah dan menggigit anak lelakinya yang ingin menyelamatkan ibunya.

Kejadian itu menyebabkan mangsa cedera ringan di bahagian badan, manakala anak lelakinya luka di dada akibat digigit suspek. - CARI
2

Bagus
6

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 30-8-2019 12:35 PM
Gila la.ini worang
Quote paiayam 30-8-2019 01:13 PM
Hang tak layak jadi seorang suami dan bapa
Quote prettyuglybabe 30-8-2019 01:23 PM
pandangan abam polis tu macam nak tangan je
Quote NBM 30-8-2019 01:25 PM
ada betina la tuuuu. Cer tgk wasap dia confirm ade betina garit dlm tu. Muka huduh perangai pun huduh, lap sikit minyak selenge kt muka kau tu
Quote Sham143 30-8-2019 01:32 PM
Edited by Sham143 at 30-8-2019 01:35 PM

Gila ke apa ni?.. Sayang handphone dari anak bini..Confirm ada affair dgn pompuan lain ni..
Quote nenekglamer 30-8-2019 01:39 PM
Bagus lah report polis. Ingat pasangan@anak tu punching bag ke nk belasah sesuka hati?

Phone je pun. Or ada perkara yg nk sorok??.
Quote Megikari 30-8-2019 02:02 PM
Padan muka
Padan muka
Padan muka
Quote cikatilia 30-8-2019 02:11 PM
mereputlah kau dlm penjara
Quote mieymiey 30-8-2019 02:16 PM
Bodoh punya jantan. Sumbat jer dalam jail.
Quote grizz 30-8-2019 02:22 PM
bapak org tp kalah perangai anak..bagus lg anak tlg mak kne pukul..haramjad tol..
Quote manehnya 30-8-2019 02:30 PM
NBM: ada betina la tuuuu. Cer tgk wasap dia confirm ade betina garit dlm tu. Muka huduh perangai pun huduh, lap sikit minyak selenge kt muka kau tu


X padan ngan huduh.. Ada skandal...
Msti ngaku Duda la tu
Quote Kurex 30-8-2019 02:38 PM
Mesti ada benda yg disorok..
Puihhh!!!!!
Quote diggerr 30-8-2019 02:40 PM
Manusia menggila
Quote keds 30-8-2019 02:46 PM
Anak Bini bukan punching bag....
Quote prizadane 30-8-2019 02:53 PM
Pakai phone apa tu bang? Ipong xs ke? Risau phone hilang n rosak ke, maka tendang n gigit anak bini?

Atau pakai phone biasa je?  Dan ada skandal? Next time beli hp mahal yang at least kena pakai fingerprint untuk unlock. So takde sape boleh buka melainkan hang bagi pin code. Bodoh! Semoga mereput n mohon wife tinggalkan lelaki tak guna ini
Quote Artemesiaa 30-8-2019 03:10 PM
Marah sangat sampai sanggup berbuat macam tu pasti ada benda yang nak dirahsiakan
Quote chicozinn 30-8-2019 03:22 PM
ade betina lain la tuhhh..pdan muka muka tak senereh pun ade garita tersangkut
Quote ikanmasin 30-8-2019 04:01 PM
pelik btl marahnya sampai pukul bini dgn anak
teruk gitu..anak ko tu 19thn dah siap ko gigit lg
mst lah ada sesuatu ko simpan kat hp ko tu kan..
tkt terbongkar.siap lah pasni bini anak tu tak heran
ko msk penjara takde sapa nak tgk ko..
Quote BedahBedul 30-8-2019 07:46 PM
Dah tua pun bodoh

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.103870 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top