CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Gua Tak Kaya, Tapi Tak Lapar"- Cina Tolong Melayu Dipuji

1-9-2019 08:32 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 6238| Komen: 38|Original author: HakirRahman

Bila bercakap soal kaum, kita sering dimomokkan dengan andaian bahawa penipuan sering berlaku lebih-lebih dalam urusan perniagaan. 

Tetapi, kadang-kadang sebenarnya sesama bangsa lebih kuat menipunya. Anda pernah kena? 

Baru-baru ini, seorang mekanik Cina berkongsi kisah yang berlaku di kedainya melibatkan seorang pasangan warga emas Melayu. 

Tak kaya, tapi tak lapar. Foto: Facebook

Nicky Tan menulis tentang sepasang warga emas yang datang ke kedainya untuk menukar bateri. Tetapi, mendengarkan harga bateri baru yang agak mahal, pasangan itu jadi serba salah kerana tidak cukup duit. Kesian dengan pasangan itu, Nicky memberikan diskaun supaya pasangan itu boleh balik ke rumah mereka. 

"Mereka menyeluk saku sebelum mengeluarkan wang tunai RM90, baucer bernilai RM20 serta syiling. Hati saya tersentuh melihat situasi ini, apatah lagi sebahagian cat pada kereta mereka tertanggal selain dinding berlubang manakala ada kesan gam pada radiator. Dalam hati saya tahu mereka bukan orang senang," katanya dilapor akhbar Harian Metro. 

Bateri mahal tau. Foto: Google

Melihatkan keadaan itu, Nicky memutuskan memberi diskaun, kerana menurutnya "walaupun tak kaya, dia tidaklah sampai berlapar". 

"Saya minta mereka simpan syiling serta not RM10 untuk mengisi petrol pulang ke rumah di Subang manakala baucer itu pula saya simpan dan tidak sesekali akan dibelanja kerana ini kenangan sukar dilupakan.

"Apabila berhadapan kes seperti ini, saya sebenarnya diuji, sama ada hendak tolong atau tidak. Soal bangsa, kita perlu tolak ke tepi, kita sama-sama hulurkan bantuan.

"Saya pernah melalui situasi ini. Saya tidak kaya, tetapi tidak la sampai berlapar. Apabila kita pernah berhadapan situasi seperti ini, kita akan merasainya," katanya.

Tindakannya itu mendapat pujian warganet, yang menyifatkannya sebagai semangat Malaysia! 

Dipuji warganet. Foto: Twitter

Begitulah kisahnya, susah ni tak mengenal kaum, dan selalunya kita lebih banyak persamaan dengan orang susah kaum lain berbanding orang kaum sendiri yang senang lenang banyak duit macam air. 

Selamat Hari Merdeka! - CARI 

3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iqbalriad 1-9-2019 08:37 AM
Alhamdulillah..kebanyakan kita biasa atau pernah alami situasi mcm ni...yg ni patut media dan ahli politik perlu byk paparkan...baru boleh aman sejahtera negara ni.
Quote JokesCop 1-9-2019 08:38 AM
Mr. Ha San Ah
Quote Artemesiaa 1-9-2019 08:42 AM
Orang yang pernah rasa susah je yang akan faham akan kesusahan yang dialami orang orang lain dan tak berat nak membantu
Quote v(T.T)v 1-9-2019 08:59 AM
Semoga dpt hidayahnya.
Quote Kurex 1-9-2019 09:08 AM
Aku selalu dapat rege murah kala bagi jelingan manja
Quote saifulms 1-9-2019 09:44 AM
Alhamdulillah. Sebenarnya masih ramai rakyat Malaysia yang berbeda kaum saling bantu membantu. Berita yang begini patutlah di tularkan namun dek kerana suasana politik yang suram maka hanya cerita2 yang mengelapkan jiwa rakyat sahaja yang kita sentiasa dengar...
Quote cmf_almondpecan 1-9-2019 09:51 AM
Nampaknya beliau kaya sebenarnya. Kaya budi bahasa.
Quote Lengkong 1-9-2019 09:59 AM
Cerita2 macam ni lah yang membina semangat kita. Yang pernah susah je tau sukarnya hidup ni.


Quote kasibiman 1-9-2019 10:01 AM
Tahniah Dan terima kasih mr Nicky Tan
Quote Austranesia 1-9-2019 10:59 AM
cerita sebelah pihak..kita kena dengar sebelah pihak lagi ( kalau wujud)
Quote yuki812 1-9-2019 11:27 AM
aku pon sama..
tak kaya..tapi tak lapar..
Quote sayawifenikmie 1-9-2019 11:39 AM

.... ramai je Cina baik ... seperti ramainya melayu/islam yg jahat mengalahkan syetannnn
Quote gummiebear 1-9-2019 11:51 AM
Tahniah Nicky Tan!

Semiga bisnes bertambah maju
Quote Malaysia.Doom 1-9-2019 12:24 PM
sayawifenikmie replied at 1-9-2019 11:39 AM
.... ramai je Cina baik ... seperti ramainya melayu/islam yg jahat mengalahkan syetannnn

Hahaha...betul...aku tengok sejahat Cina takda la sejahat Melayu.

Melayu punya jahat kawan baik sendiri dia backstab.
Quote Miss.H 1-9-2019 12:33 PM
Malaysia.Doom replied at 1-9-2019 12:24 PM
Hahaha...betul...aku tengok sejahat Cina takda la sejahat Melayu.

Melayu punya jahat kawan baik ...

Aku kalau bangsa lain tipu xkisah sangat sebab tak semua mereka ambik port pasal halal/ haram ni. Tapi kalau melayu pun menipu, memang neraka kirim salam la.
Quote Miss.H 1-9-2019 12:36 PM
saifulms replied at 1-9-2019 09:44 AM
Alhamdulillah. Sebenarnya masih ramai rakyat Malaysia yang berbeda kaum saling bantu membantu. Berit ...

Memang betul pun. Aku pernah la langgar bontot kereta ahsoo. Banyak tu xbanyak la tapi plat kereta aku patah la jugak. Helok je ahsoo tu cakap xde apa. Ok saja tak perlu bayar. Media yang duk jadi batu api. Benda xde apa pun. Benda baik xnak kongsi. Yang buruk perkauman elok je duk sebar
Quote CiliPadiSedap 1-9-2019 12:50 PM
Kurex replied at 1-9-2019 09:08 AM
Aku selalu dapat rege murah kala bagi jelingan manja

kalau gay boleh lah dpt murah bagi jelingan manja, cuba laki sejati cm peYno. harus kena bulldozer
Quote Tinot7 1-9-2019 12:50 PM
Walopon rase sebak tapi berita camni yg patut tular.
Sayang, tak ramai yg bace dan sambutan tak hangat. Kalau berita psl minah cantik dan comel, tak sampai beberapa jam dah beribu org bace dan komen.
Quote CiliPadiSedap 1-9-2019 12:50 PM
terima kasih cina baik

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.130602 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top