CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bukan Dadah, Bukan Makhluk Halus"- Zynakal Sah Sakit Bipolar Mania

2-9-2019 08:12 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 14809| Komen: 87|Original author: HakirRahman

Penyanyi BBNU yang mencetuskan kontroversi sejak beberapa minggu lepas kerana berperangai biadap dan memukul seorang pekerja stesen minyak, Zynakal disahkan menghidap penyakit Bipolar Mania dan sedang ditahan di wad psikatari Hospital Kuala Lumpur. 

Bipolar mania adalah sejenis penyakit mental yang menyebabkan pesakit mempunyai tenaga yang terlalu tinggi, sukar tidur dan memberikan tumpuan kepada perkara dilakukan dan menyebabkan seseorang berubah mood dengan sangat pantas. 

Zynakal didenda kerana memukul seorang pekerja stesen minyak. Foto: Google

Menurut laporan mStar, kawan baiknya, Syazman Zanini berkata, penyanyi itu dipujuk ke hospital selepas didenda mahkamah oleh mereka dan sedang menjalani rawatan. 


"Setelah mahkamah menjatuhkan hukuman denda pada Jumaat lalu, kami pujuk dia untuk ke hospital kerana nampak lain dari dirinya yang menggambarkan itu bukan dirinya.


"Awalnya menolak, namun akhirnya dia akur dengan permintaan kami, hasil pemeriksaan doktor mendapati dia menghidap salah satu masalah pada mental dan perlu mendapatkan rawatan segera. Buat masa ini tidak dapat dipastikan bila akan dia dibenarkan pulang," katanya. 

Kitaran penyakit bipolar mania. Foto: Google

Sudah jelaslah punca sebab penyanyi itu bertindak seperti "orang tak berapa betul", rupa-rupanya memang ada sakit. 


Nasib baik bukan kerana dadah atau diganggu jin seperti kata "ustaz". 


Berubatlah dik, penyakit mental zaman sekarang ada penawarnya kalau diketahui awal-awal. 


Semoga cepat sembuh! - CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote albedah 2-9-2019 08:19 AM
Ye dok tu...?  Anda yakin?
Quote Andyscenes 2-9-2019 08:36 AM
Kau ada penyakit mental? Confirm jatuh. Percayalah
Quote MissLana 2-9-2019 08:41 AM
Dia ni siapa ?
Quote slyfynx 2-9-2019 09:17 AM
Chop.
Bukan ke Bipolar Disorder.
And manic episodes, atau mania ni sebahagian dr symptom?
Ke mmg nama die bipolar mania?
Quote pumpkinpatch 2-9-2019 09:21 AM
kalau aku kena kuutk kena disstrack 10 sehari. Aku pun akan bipolar . LOL!  Elok je masa dia kecam kecam band underground. Husnuzon jer lah.
Quote unguaurora 2-9-2019 09:22 AM
Si topi nasi yg beriya2 nk bw si nakal ni ke hulu langat sbb nk jumpa ustaz tu apa cerrrr? gangguan jin kononnya
Quote akr 2-9-2019 09:38 AM
unguaurora replied at 2-9-2019 09:22 AM
Si topi nasi yg beriya2 nk bw si nakal ni ke hulu langat sbb nk jumpa ustaz tu apa cerrrr?  gan ...

ni sebelum zyn diagnosed bipolar mania
Quote bezita60 2-9-2019 09:42 AM
Siapa dia ni?
Muka stok busukk
Quote Xim 2-9-2019 09:47 AM
Bila mase ustaz tu kate dia kena ganggu ? Aku bace haritu ustaz tu kate dia TAK kena gangguan apa2 pun .
Quote sfrnna 2-9-2019 09:48 AM
Dah kena tahan wad tu mmg betul la tu. Harap dpt rawatan setimpal.
Quote sayangselasih 2-9-2019 10:01 AM
doa kan yang terbaik buat adik ni. meols mengikuti juga zynakal ni sebelum ni. nampak elok tapi sejak sejak ni mmg lain macam pantang orang kecam dia lawan terus. so meols pecaya apa yang member2 dia cakap. meols doakan heols sembuh. yuols,.. sakit jantung dadah tinggi kencing manis bole kawal dengan makanan lifestyle.. tapi kalau part part bipolar etc ni. meols tak berani nak cakap.. dalam dunia yang serba stress.. gadget and etc.. memang apa pun bole jadi..
Quote kaklong32 2-9-2019 10:13 AM
sape plak dia ni
Quote sarah82 2-9-2019 10:24 AM
Kan aku dah kataaa.. Jin kalau boleh saman manusia dah lama kaya raya peguam dari kalangan Jin.. Sakit sikit salah jin.. Mengamuk sikit salah jin.. Kiranya semua jin punya salah laa
Quote olezzeli17 2-9-2019 10:50 AM
sarah82 replied at 2-9-2019 10:24 AM
Kan aku dah kataaa.. Jin kalau boleh saman manusia dah lama kaya raya peguam dari kalangan Jin.. Sak ...

Jom kita saman manusia, kata jin2 semua.. Hahaha
Quote sarah82 2-9-2019 10:53 AM
olezzeli17 replied at 2-9-2019 10:50 AM
Jom kita saman manusia, kata jin2 semua.. Hahaha

Boleh muflis manusia kalau kena saman dgn jin
Quote wordlife 2-9-2019 10:53 AM
abis tu aritu topi nasi salahkan jin kenapa?

kesian jin tak memasal kena phitnah mentang2 tak voleyy defend diri dorang
Quote RatuDunia94 2-9-2019 11:19 AM
Confirm bukan gimik pelancaran lagu kan?
Quote shernazz 2-9-2019 11:19 AM
Uols boleh baca la thread kaka @bipolarjourney

Kalau betol dah ada sakitnitu...elok la dptkan rawatan...
Tapi mmg hanat jugak iols.baca mesej kat era tu
Kalau.iols.mmg habis kena maki juga jin nakal ni
Quote ReginaGeorge 2-9-2019 11:44 AM
Jin lebih takot ngan manusia berbanding....

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.044357 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top