CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mungkin Saya Akan Bongkar Cerita Sebenar - Rihana Petra

2-9-2019 08:31 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 35505| Komen: 194|Original author: Sang_Pencinta

Bekas Isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Rihana Oksana Petra berkata mungkin beliau akan membuka cerita sebenar mengenai perhubungan mereka.



Kredit foto: Instagram


Dalam status terbaru di Instagramnya (@rihanapetra), beliau berkata menyedari ramai yang ingin mengetahui apa sebenarnya berlaku di antara mereka (merujuk kepada perceraian).


'Sebelum ini saya tidak bersedia untuk menceritakan kesemuanya, tapi kini mungkin sudah sampai masanya saya menceritakan kisah sebenar supaya saya sendiri merasa lega' luahnya lagi.


Bagaimanapun Rihana turut merasa serba salah untuk membongkarkan cerita tersebut kerana takut akan menyakiti sesiapa. 'Saya tidak mahu menyakitkan sesiapa, sudah semestinya sakit sekali' tambah beliau lagi.



Kredit foto: Instagram


Digelar perkahwinan paling sensasi tahun ini, pasangan itu mengejutkan ramai apabila khabar angina mengatakan Rihana diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya. Menurut laporan Astro Awani yang mendapat sesalinan surat cerai tersebut, perceraian difailkan pada 1 Julai 2019 dan disahkan oleh Mahkamah Syariah.

Walaupun terdapat banyak berita berdesus mengenai punca perceraian mereka, tidak ada sebarang kenyataan rasmi secara langsung daripada kedua-pihak kecuali pelbagai bayangan yang diutarakan oleh Rihana di media socialnya.



Kredit foto: Instagram


Ini menyebabkan ramai golongan masyarakat sentiasa menantikan update di Instagram beliau (@rihanapetra) yang dipenuhi dengan gambar-gambar nostalgia perkahwinan dan anaknya yang baru lahir. Bagaimanapun, sekiranya anda tajam mata pasti menemui sebuah lagi Instagram beliau yang lebih menunjukkan sisi peribadinya.

Adakah ugutan pembongkaran cerita sebenar ini satu mesej daripada Rihanna kepada pihak tertentu atau sekadar luahan hati untuk mendapatkan simpati netizen? Kita nantikan kesudahannya.-CARI

2

Bagus
6

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 2-9-2019 08:54 AM
Reveal jer lah daripada orang duk fikir yang bukan2. Lagi pun dah tak jadi Agong dah.
Quote scorpionkiki 2-9-2019 08:59 AM
Hopefully tak adalah rakaman mcm sofa merah bodoh tu....geli geleman bila ada org screen shot dan hantar kat watsup...mcm.manalah nak cuci mata bila tertengok
Quote Sang_Pencinta 2-9-2019 09:02 AM
Ishhhh takkannnnlah ada tragedi sofa merah... unless
Quote newyork 2-9-2019 09:03 AM
Bahaya btui la cari pasai dgn gang russia ni, ingat depa nak lepas senang2?
Quote A_4 2-9-2019 09:04 AM
Sultan neh ms bcinta dgn rihana neh sblm nikoh xkan X tohu lifestyle rihana sblm neh.
Lps dpt knp X didik wife jd muslimah
Ini ceraikan buang
Wl kata ank tuh bukan ank dio
Apa slh bw seorg kafir jd muslim
Sultan neh teruk
Quote Pink_Purple 2-9-2019 09:04 AM
sudah sudah la, benda dah lepas..xpayah buka aib sesiapa..
Quote Malaysia.Doom 2-9-2019 09:10 AM
Elok pun kena buang macam sampah.
Quote DARSITA 2-9-2019 09:16 AM

Kesian dia ni kan .. dibuang gitu jer.Kalau kata dia perempuan tak baik kenapa sultan nak jugak? Eloklah si ex wife buat test DNA kalau betul anak sultan .. mintalah hak si anak. Kalau bukan mulakan lah hidup baru.
Quote yuki812 2-9-2019 09:44 AM
kalau betul dia berada dipihak yg benar, dah lama dia buktikan ttg anak dia..perkahwinan dia dgn apa cara skalipon.
buktikan dgn adanya black n white dan tuntut hak yg mana perlu.
apa nk ditakut ada org terasa kecik hati apa pon.
dan x perlu buat luahan camni kat socmed.

Quote sarah82 2-9-2019 10:06 AM
GILA TALAK
Quote ikanmasin 2-9-2019 10:20 AM
panjang lagilah ni kisahnya ..
Quote capiloton 2-9-2019 10:20 AM
tu sebab nak kawin kena tengok background and history nya dulu.
bukan tengok muka jer.
jangan tertipo dengan ropa yang chantek.

apsal la kaum kerabat tak cari orang Turki ka, Morocco ka,
lawa jugak aper.
Quote Sang_Pencinta 2-9-2019 10:21 AM
Lepas cerai dia tak tuntut apa2 ke?
Quote nusaraya 2-9-2019 10:26 AM
Hahaha. ..Sang Penjahat Kelamin Sultan Kelantan akan terus berpetualang untuk memenuhi hasrat birahinya atas nama cinta....
Quote krustykrab 2-9-2019 10:36 AM
Reveal je ...akupun nk tau apa sebenarnya...nk harap x toklaki sampai gi sembelih lembu pun tak berkutik....
Quote krustykrab 2-9-2019 10:38 AM
capiloton replied at 2-9-2019 10:20 AM
tu sebab nak kawin kena tengok background and history nya dulu.
bukan tengok muka jer.
jangan tert ...

Thread dulu ada yg cakap, intel msia dh bgtau x toklaki background mek hana tp toklaki sanggup terima masa tu...
Quote jcja82 2-9-2019 10:38 AM
knape ngn sofa merah?maaf iols baru kluar dri gua..
Quote becir 2-9-2019 10:39 AM
Kalau betul nak reveal, dah lama dia cakap. Saja clickbait
Quote Sang_Pencinta 2-9-2019 10:43 AM
jcja82 replied at 2-9-2019 10:38 AM
knape ngn sofa merah?maaf iols baru kluar dri gua..

Uiiokkkk.. Itu satu lg skandal keluarga VIP penting Malaysia yg ada video tersembunyi lg atas sofa merah.

Lihat semua komen(194)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.360164 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top