CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Menyanyi Solo Lagu Setia, Adakah YB Syed Saddiq Penyanyi Sebenar Atau Menyamar?

2-9-2019 11:37 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4828| Komen: 30|Original author: Tukang Tulis

Syed Saddiq mendendangkan lagu Setia dengan sepenuh hati dan perasaan. Kredit foto: Twitter


Lagu patriotik yang berjudul Setia mula popular sekitar 1990-an sempena kempen Setia Bersama Rakyat (Semarak) yang dilancarkan pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri keempat ketika itu.

Kini, setelah Dr. Mahathir kembali menerajui kerajaan sebagai Perdana Menteri ketujuh, lagu gubahan Datuk Ahmad Dasilah dan Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat serta dendangan Francesca Peters itu muncul semula dengan nafas baharu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyanyikan lagu Setia bersama Dr. Mahathir dan menteri-menteri Kabinet yang lain. Kelihatan Syed Saddiq di barisan belakang (paling kanan). Kredit foto: YouTube


Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan mendendangkan lagu tersebut bersama Dr. Mahathir serta menteri-menteri Kabinet yang lain seperti yang dapat ditonton dalam satu rakaman video yang tular melalui YouTube.

Salah seorang menteri Kabinet yang menyumbangkan suara dalam rakaman video tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Malah, beliau menyatakan Setia merupakan lagu patriotik kegemarannya dan menyanyikan lagu tersebut secara solo tanpa iringan muzik khusus untuk seluruh rakyat Malaysia melalui rakaman video yang disiarkan dalam Twitter miliknya.


Para netizen pula tidak melepaskan peluang untuk memainkan peranan sebagai juri tidak berbayar serta memberi komen mereka secara jujur dan ikhlas terhadap nyanyian Syed Saddiq.

Ada yang meniru gaya juri pertandingan lip sync yang popular 'I Can See Your Voice' siaran TV3 dengan mengemukakan soalan sama ada Syed Saddiq adalah penyanyi sebenar atau menyamar.

Beberapa netizen langsung tidak berselindung apabila mengkritik kualiti suara Ketua Armada Bersatu itu dengan menasihatkan beliau agar jangan menyanyi lagi.

Walau bagaimanapun, ada juga yang memuji suara Syed Saddiq khususnya netizen yang tergolong dalam kategori wanita muda.

Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter

Memang bagus Syed Saddiq berbuat demikian untuk menarik minat generasi muda terhadap lagu-lagu berunsur patriotik, cuma lebih elok jika lagu Setia didendangkan dalam alunan suara yang lebih merdu. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 2-9-2019 11:44 AM
Bolehlahhhh demi semangat patriotik
Quote nolya 2-9-2019 11:46 AM
Samada dia nyanyikn lagu patriot trs dgn suara sedap ke atau tak sedap ke, haruskah ianya dijadikn satu isu untuk perbincangan umum.  Pselaa... Tak penting laa nak bahasakn melainkn untuk mencerca...is that all we can do?
Quote kookiechip 2-9-2019 11:57 AM
Tepuk sikit {:run
Quote Orix 2-9-2019 12:23 PM
Ko dh kenapa dekkkkkk
Quote Kurex 2-9-2019 12:42 PM
Terus aku cancel segala semoga aku dekat dia ni.. Tapi kalau sed sadiq nak, apa salahnya
Quote Ina8895 2-9-2019 01:45 PM
nolya: Samada dia nyanyikn lagu patriot trs dgn suara sedap ke atau tak sedap ke, haruskah ianya dijadikn satu isu untuk perbincangan umum. &nbspselaa... Tak pe ...


Ko ni minat ngan syed saddiq kew?
Quote Ina8895 2-9-2019 01:46 PM
Harap muka jew hensem. Tp suara ke longkang.
Quote crazybeach 2-9-2019 01:59 PM
Malah, beliau menyatakan Setia merupakan lagu patriotik kegemarannya dan menyanyikan lagu tersebut secara solo tanpa iringan muzik khusus untuk seluruh rakyat Malaysia melalui rakaman video yang disiarkan dalam Twitter miliknya.
eh hello?? melalut apa ni nok?? bila masa dia nyanyi lagu setia fran peters kat twitter nun?? kan tu lagu sejahtera malaysia yang dia nyanyi solo tanpa muzik.

Quote Perawankota 2-9-2019 07:48 PM
Penyanyi sebenar yg ber suara sumbang{:yameteh
Quote Perawankota 2-9-2019 07:48 PM
Penyanyi sebenar yg ber suara sumbang
Quote matchstick 2-9-2019 08:16 PM
Tone deaf mcm aku..layak masuk icsyvm
Quote -Suri- 2-9-2019 09:35 PM
Aku tak mampu nak tekan play
Quote cupu 2-9-2019 09:42 PM
Xsalah dia nk nyanyi. Membahan tgk topik jgk...tp honestly aku xdgr abes..haha...konfiden gila yb.
Quote Jackjack08 2-9-2019 10:07 PM
Ok la tuu at least dia tak malu hehe
Quote miznora 2-9-2019 11:12 PM
Bravo Yb
Mmg konpiden level tinggi hihihi
Quote R2D2 2-9-2019 11:32 PM
patut la sekarang musim hujan
ikut aku belajar dulu ni time musim panas
Quote boboiyot 2-9-2019 11:50 PM
Aku tgk clip video tapi tak mampu nak habiskan.....hahaha
Quote Shirley23 3-9-2019 02:15 AM
Senang jer kalau nak tahu suara sebenar dia ke tak. Mamat ni kan pelat S lidah pendek.
Quote KIM.K 3-9-2019 07:25 AM
Part nyanyi tu awal aku skip
Sesuatu sangat menteri nak tuju lagu bagai..

Menteri2 negara aku jangan nak berhibur sangat eh..

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.162226 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top