CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Jumpa Di Kelab Malam, Sekarang Insaf Di Kelas Mengaji"

3-9-2019 11:23 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 9740| Komen: 79|Original author: HakirRahman

Orang kata, lelaki yang baik untuk wanita yang baik, begitulah sebaliknya. Tetapi, sudah namanya pun manusia, ada pasang surut hidup. Ada juga yang tidak berapa baik, buat perkara yang dilarang agama dan budaya, tetapi bernasib baik berjumpa jodoh yang mengajak sama-sama berubah ke arah kebaikan. 

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter menceritakan kisah cintanya yang bermula di kelab malam, Trec. Tetapi, selepas berkahwin, kedua-duanya mula insaf dan kini menghabiskan masa malamnya di kelas mengaji. 

"Jumpa Di Kelab Malam, Sekarang Berdua Masuk Kelas Mengaji"- Kisah Suami Isteri Cuba Berubah

Kisah itu tular di Twitter dan mendapat pujian ramai warganet yang mendoakan pasangan itu kekal di landasan hidup yang baik. 


"Jumpa Di Kelab Malam, Sekarang Berdua Masuk Kelas Mengaji"- Kisah Suami Isteri Cuba Berubah

mStar yang menghubungi wanita itu, Murni Hidayah Azman Tang, 23, dan Muhammad Azmi Che Muda, 31, dia memberitahu mereka pertama kali berjumpa di sebuah kelab malam pada pertengahan tahun lalu. Tidak sampai setahun kenal, mereka memutuskan untuk berkahwin. 

Murni mengakui selepas berkahwin, dia dan suaminya pernah dua kali ke kelab malam sebelum timbul rasa ingin berubah. 

"Bila pergi sana, tiba-tiba nampak ramai anak Melayu termasuk saya. Saya terfikir, sampai bila nak duduk sini? Saya paksa diri dan suami berubah. 

"Saya pun bukannya baik, tapi sebagai isteri saya kena ajak dia ke jalan yang betul," katanya. 

Pasangan itu berkahwin Februari lalu. Foto: Twitter

Mereka mula masuk kelas mengaji sebagai langkah pertama ke jalan yang betul sebelum Ramadan lalu. Katanya, kehidupan mereka sudah banyak berubah. 

"Saya sedar, kita manusia dah berada di akhir zaman. Memang ada masa untuk berubah, tapi masa itu dah singkat," katanya. 


Jodoh bawa rezeki, mungkin berubah ke arah lebih baik adalah rezeki mereka berdua. 

Ada yang mahu ke kelab malam, mana tahu berjumpa jodoh di sana? - CARI 
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • rosasen


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sfrnna 2-9-2019 08:20 AM
Takda gambar kee??
Quote rainbowrainz 2-9-2019 08:40 AM
Semoga istikomah ye eh btl ke ejaan iols ni
Quote yuki812 2-9-2019 09:00 AM
jgn makin ramai ke disko..sudah ler.
alasan...nk cari jodoh..
Quote Lengkong 2-9-2019 09:13 AM
Alhamdulillah

Quote putericahaya999 2-9-2019 09:22 AM
Gmbrrrrrrmereka
Quote iqbalriad 2-9-2019 09:56 AM
yuki812 replied at 2-9-2019 09:00 AM
jgn makin ramai ke disko..sudah ler.
alasan...nk cari jodoh..

Dulu aku pergi disko nak joget dgn cuci mata je...zaman face2, 11LA dan sapphire...tahun 90an tu...hihi
Quote DARSITA 2-9-2019 10:01 AM

Taniah harap berterusan. Dugaan pasti akan datang harap bertabah dan setia bersama.
Quote batmana 2-9-2019 12:37 PM
pasni apa?
jupe jodoh di toilet

nk pi toilet laki, terpegi toilet pmpn,
terlanggar pmpn tu smpai jatuh ke tanah, pstu menjerit
pstu laki tu sori,
rasa bersalah
pstu jatuh cinta
pstu kawin
pstu masuk paper..

Quote Buritan 2-9-2019 01:11 PM
batmana replied at 2-9-2019 12:37 PM
pasni apa?
jupe jodoh di toilet


Jumpa jodoh kat rumah pelacur.. jd plggn terus suke terus insof terus kawin... simpan sendirik sudahle dik oii
Quote Malaysia.Doom 2-9-2019 04:07 PM
Aku lebih suka lepak Cafe sembang dgn kawan...isu Nye pasal Melayu Bodoh Dan Politik bodoh mereka...sambil minum Cappuccino...Dan hirup mushroom soup.

Quote jerukkedondong 2-9-2019 09:49 PM
Alhmdulillah..
Smoga dikurniakn zuriat yg ramai..
Bahagia selama nya ye
Quote Ethernet 2-9-2019 10:15 PM
moga istiqamah
Quote -Suri- 3-9-2019 12:46 AM
Bagusla camtu, moga istiqomah dan kekal bahagia dik. Dugaan nak berubah ke arah kebaikan ni lain macam sikit, hati kena kental.
Quote glump 3-9-2019 08:52 AM
Semoga istiqamah. Jodoh mereka mempunyai tujuan hidup yg sama..
Quote akubujang 3-9-2019 11:23 AM
Orang kata, lelaki yang baik untuk wanita yang baik, begitulah sebaliknya. Tetapi, sudah namanya pun manusia, ada pasang surut hidup. Ada juga yang tidak berapa baik, buat perkara yang dilarang agama dan budaya, tetapi bernasib baik berjumpa jodoh yang mengajak sama-sama berubah ke arah kebaikan.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter menceritakan kisah cintanya yang bermula di kelab malam, Trec. Tetapi, selepas berkahwin, kedua-duanya mula insaf dan kini menghabiskan masa malamnya di kelas mengaji.


"Jumpa Di Kelab Malam, Sekarang Berdua Masuk Kelas Mengaji"- Kisah Suami Isteri Cuba Berubah




Kisah itu tular di Twitter dan mendapat pujian ramai warganet yang mendoakan pasangan itu kekal di landasan hidup yang baik.


"Jumpa Di Kelab Malam, Sekarang Berdua Masuk Kelas Mengaji"- Kisah Suami Isteri Cuba Berubah




mStaryang menghubungi wanita itu, Murni Hidayah Azman Tang, 23, dan Muhammad Azmi Che Muda, 31, dia memberitahu mereka pertama kali berjumpa di sebuah kelab malam pada pertengahan tahun lalu. Tidak sampai setahun kenal, mereka memutuskan untuk berkahwin.


Murni mengakui selepas berkahwin, dia dan suaminya pernah dua kali ke kelab malam sebelum timbul rasa ingin berubah.

"Bila pergi sana, tiba-tiba nampak ramai anak Melayu termasuk saya. Saya terfikir, sampai bila nak duduk sini? Saya paksa diri dan suami berubah.

"Saya pun bukannya baik, tapi sebagai isteri saya kena ajak dia ke jalan yang betul," katanya.


Pasangan itu berkahwin Februari lalu. Foto: Twitter




Mereka mula masuk kelas mengaji sebagai langkah pertama ke jalan yang betul sebelum Ramadan lalu. Katanya, kehidupan mereka sudah banyak berubah.


"Saya sedar, kita manusia dah berada di akhir zaman. Memang ada masa untuk berubah, tapi masa itu dah singkat," katanya.


[twitter]https://twitter.com/ninietang143/status/1167756581858996224/video/1[/twitter]



Jodoh bawa rezeki, mungkin berubah ke arah lebih baik adalah rezeki mereka berdua.

Ada yang mahu ke kelab malam, mana tahu berjumpa jodoh di sana? - CARI
Quote koko2 3-9-2019 11:27 AM
Syukur alhamduliilah
Quote CikB 3-9-2019 11:56 AM
alhamdulillah....
Quote ifanonline 3-9-2019 11:59 AM
org pergi trec bukan semuanya jahat...ada yg first time pergi, kebetulan jumpa jodoh di night club...

tapi bagi lelaki, nak cari isteri di night club kalau boleh, jgn la...tempat maksiat selalunya jarang2 ada kebaikan...

Quote GigaMom 3-9-2019 12:05 PM
Syukur...
Semoga istiqamah dek

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.067357 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top