CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Sarapan Pelajar Di Jepun Berkhasiat, Takkan Nak Bagi Pelajar Kita Nugget Ja?"

4-9-2019 11:38 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8824| Komen: 91|Original author: Shimmer Shine





Keputusan Kementerian Pendidikan untuk menyediakan Program Sarapan Percuma (PSP) kepada semua pelajar sekolah rendah pada tahun hadapan disambut baik oleh warga Malaysia. Ia bukan sahaja membentuk generasi yang lebih sihat, malah menerap pendidikan sivik dan disiplin dalam kalangan pelajar.

Timbul persoalan, bagaimana bentuk sarapan tersebut memandangkan kebanyakkan kantin di sekolah menyediakan makanan kurang berkhasiat seperti makanan segera dan makanan ringan.

Portal Majalah Pendidik memberikan idea tersebut berdasarkan sarapan pagi yang disediakan di Jepun.

Kredit foto: Twitter

Ianya dipuji kerana lengkap dengan gizi makanan iaitu karbohidrat (nasi), protein (telur) dan zat mineral (sayur dan buah-buahan). Jadi, bagaimana sebenarnya sarapan yang disediakan di Malaysia?

Nampaknya program ini juga mendapat kerjasama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Industri dan Asas Tani dan pakar pemakanan di beberapa universiti tempatan. Hal ini menjelaskan yang projek serius ini adalah untuk memastikan generasi akan datang dipupuk dengan nilai-nilai murni.

Ini contoh makan tengahari pelajar di Jepun
Berikutan itu, warganet turut mencadangkan beberapa menu sihat disediakan dan bukannya makanan yang sentiasa berada di kantin sekarang seperti, kentang goreng, burger dan sebagainya. Pastinya ia tidak sesuai dijadikan makanan rutin bagi pelajar.

"Makan sandwich, buah dan susu pun dah cukup berkhasiat untuk belajar.
Bukannya dari rumah pun dah dibekalkan dengan nugget. Letak sos lagi. Setiap hari pula tu!"


Walaupun ramai yang menyatakan sukar untuk mengikis habit sarapan pagi rakyat Malaysia yang rata-ratanya berat seperti nasi lemak, nasi dagang dan sebagainya, tetapi ia perlu dimulakan sekarang.




Memandangkan pihak kementerian sudah pun mahu mengambil alih tugas menyediakan sarapan pagi berkhasiat buat anak-anak kita. Harapnya ibu bapa tidak berlepas tangan pula. Sediakan menu berkhasiat sepanjang masa supaya kesannya nanti akan mencergaskan otak dan fizikal mereka. Seterusnya tiada lagi masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak yang juga boleh menyebabkan penyakit lain seperti diabetes. - CARI 
4

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mleeen82 4-9-2019 11:51 AM
… UNTUNGLAH...…….
Quote Artemesiaa 4-9-2019 11:51 AM
Sebab mereka sedari kecil dah diajar makan makanan sebegitu.  Sedangkan dinegara kita ramai mak pak sendiri yang lebih gemar jamu nugget untuk anak mereka macam mana nugget tak jadi pilihan
Quote SWORKS27 4-9-2019 11:52 AM
nanti kerajaan akan provide Roti MASSIMO je
Quote batmana 4-9-2019 11:57 AM
tgkla harga menu camtu, agak2 dapat bape nugget?

kwn aku, tiap hari bekal mkn nasi lauk telur kicap , elok je masuk universiti bagai jadi org.

nugget zmn tu dikira maknan mewah dah..

Quote nuryakmal 4-9-2019 12:04 PM
balik2 naget , hot dog, fries

Quote diggerr 4-9-2019 12:05 PM
Hire laaa food analyst. Surugmh deme suggest good meal
Quote KIM.K 4-9-2019 12:06 PM
Banyak portion tu. Apa kat atas tu?
Miso, nasi, yogurt, ikan goreng, sayur. Lunch amik susu ke
Quote palmolive 4-9-2019 12:09 PM
kalo masak bihun rasa jimat lagi banding nugget
Quote domestobot 4-9-2019 12:10 PM
kecik2 la nak kena suruh makan ayam hari2 baru la membesar jadi obes dan berlemak. pastu pedas2 belaka sampai dapat masalah penghadaman. sebab tak pandai nak makan benda lain.
Quote harizs 4-9-2019 12:10 PM
Utk selamatkan perusahaan robert kuok kerajaan boleh ambil Massimo sbg menu harian.
Quote Rogue98 4-9-2019 12:12 PM
Nak makanan berkhasiat dan fresh kos pun tinggi. Bukan bahan mentah saja tapi penyediaan nye jugak mahal.
Quote kucingitam 4-9-2019 12:24 PM
telur rebus dgn roti bakar pun dah kira berkhasiat dibandingkan dengan nugget dan sosej. bagi buah, minum susu.. dah settle..
Quote najib888 4-9-2019 12:28 PM
susu tu kira minuman mewah la.. sekilo susu segar mau RM6-7.. kerajaan ada duit ka tu? dah nak cecah 1 trillion dah hutang..

takkan nak bedal krimer lepa sawit as susu budak2 skolah tiap2 pagi?

Ka program ni terkambuih gak macam program subsidi minyak tersasar.. kui kui kui..
Quote adila39 4-9-2019 12:32 PM
Kementerian shud hire dietician la.. advise menu.. jgn bebalik nasi lemak soto mee goreng
Quote Abg_Zek 4-9-2019 12:39 PM
adila39 replied at 4-9-2019 12:32 PM
Kementerian shud hire dietician la.. advise menu.. jgn bebalik nasi lemak soto mee goreng

Hehe kadang2 Netizen ni cakap bukan main nak tu nak ni....tapi untuk anak2 dia benda tu jugak yang dia bagi makan
Quote Itzy 4-9-2019 12:41 PM
Banyak pula duit kerajaan si mazlee nak paw untuk sedia makanan untuk semua murid sekolah rendah. Apa kata mazlee tolong pindah guru2 yang dah lama bekerja di luar semenanjung sampai anak tak kenal bapa dah. Aku ada dengar cerita kurang enak pasal menteri sorang ni bab perpindahan guru yang kerja luar semenanjung. Tapi biarlah rahsia dia Allah dan aku saja tahu. Geram gak aku.
Quote prettyuglybabe 4-9-2019 12:43 PM
poyo jah menu sihat..
mak bapak sendiri sumbat anak dengan makanan tah apa-apa..
tak nak nugget tapi bagi anak mekdi kehepsi dominos bagai..
yang acah healthy, nugget masuk dalam air fryer.. puikk..
Quote puterikhaleeda 4-9-2019 12:49 PM
Edited by puterikhaleeda at 4-9-2019 12:55 PM

tak jugak... ada sekolah bagi nasi lauk ayam goreng berempah dan sayur.. bebudak buang je dalam tong sampah.. geram betul.. mak pak kene laa ajar anak menghargai makanan..... ada mentaliti makanan berkhasiat.. esok esok bila sekolah sediakan salad... mak pak bising kat socmed kata sekolah ingat anak depa kambing........
Quote RatuDunia94 4-9-2019 12:55 PM
So parents kat rumah pon kena la sediakan menu berkhasiat seiring dgn menu kat sekolah tu.. kang budak2 pon x nak makan menu2 sihat tu.. ye lah kalo kat rumah dh disogok milo manis, sambal sosej, burger, nugget etc..

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.050970 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top