"Cantik sangat, macam Marilyn Monroe dan Fazura layan kami bergambar, senyum ja dia." Biarpun filem Dendam Pontianak cuma akan ditayangkan bermula 12 September ini, namun di Singapura ianya sudah pun ditayangkan dengan nama 'Revenge of Pontianak'. Pelakon-pelakon utama filem tersebut seperti Fazura, Remy Ishak dan Hisham Hamid turut berada di sana bagi mempromosikannya. Pastinya yang paling mendapat tumpuan ialah Fazura yang membawa watak Mina. Malahan penampilan isteri Fattah Amin dalam gaun hitam dengan gaya rambut disanggul menyamai watak Mina turut memukau ramai penonton Singapura. Lebih menarik, Fazura tidak menolak pelawaan peminatnya untuk bergambar walaupun ketika itu sedang menuju ke karpet merah.
|
Beribear replied at 4-9-2019 02:46 PM
Knp iolss tengok mcm atikah suhaimi je.. Makin kurus & nampak t*a. Tp cantik la
ADVERTISEMENT