Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati selonggok najis di atas bumbung kereta mereka pada 1 September lalu, lapor METRO. Berikutan itu, Kirk Petrakis, 42, dan isterinya, Hannah, 35, memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang lelaki membuang air besar di atas bumbung Honda Jazz mereka yang baru dibeli. Menerusi rakaman jam 5 pagi itu, kelihatan seorang lelaki memanjat bumbung kenderaan berkenaan, manakala seorang lagi merakam tindakannya itu. Kirk mendakwa, kereta berkenaan baru dibeli sebulan lalu dan dia tidak tahu motif dua lelaki terbabit melakukan perbuatan tidak bermoral itu.
Lebih membimbangkan, anak perempuan mereka mendakwa melihat seseorang berdiri di luar bilik tidurnya, namun tidak menemui sesiapa apabila diperiksa. Keeseokan paginya, Petrakis dan Hannah menemui longgokan najis di atas kereta mereka yang diparkir bersebelahan bilik tidur kanak-kanak itu yang kini trauma untuk tidur bersendirian di dalam biliknya sendiri. Petrakis berkata, rakaman CCTV juga menunjukkan mereka mengencingkan keretanya. Difahamkan, mereka telah menyerahkan rakaman berkenaan kepada polis Devon & Cornwall untuk tindakan lanjut. Dia juga mahu identiti individu terbabit didedahkan selain menggesa mereka tampil untuk memohon maaf serta membayar segala kos untuk membaik pulih kereta barunya itu. - CARI
|
tikusmontok replied at 4-9-2019 03:34 PM
Kokesen pun perangai sama ngan china prc berak merata.
ketambangkang replied at 4-9-2019 03:34 PM
indon klu nak pukau mmg guna cara mcm tu..rmh makcik aku pernah kena pecah ngan indon, dia tinggalka ...
ADVERTISEMENT