Puteri Afzan kerap dilihat bersama adindanya, Puteri Jihan menemani ayahanda dan bonda mereka menghadiri beberapa majlis rami dan ternyata mencuri perhatian lensa kamera serta rakyat jelata.
Seorang pelayar Twitter @journaljeeb mengusik Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah susulan gambar puteri jelita itu dirakam memberikan pose sambil menjeling.
Gambar itu dirakam ketika Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bersama adindanya Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.
Loading Tweet...
Puteri Afzan membalas pertanyaan berbaur usikan tersebut sambil berseloroh.
"Hahahaha. Saya dan jeling tak boleh dipisahkan." ujarnya.
Loading Tweet...
Dalam hantaran berasingan, Puteri Afzan memuat naik entri memberitahu tabiat jelingnya sudah bermula sejak kecil lagi sambil berkongsi sekeping gambar sebagai bukti.
Perkongsian tersebut diulang kicau 12,100 kali dan 42,500 tanda suka ketika artikel ditulis.
Lebih mencuti hati, Puteri Afzan turut berkongsi sekeping gambar menunjukan baginda sedang tersenyum manis seolah-olah memandang kamera.
"Saya pandai senyum pun bukan pandai jeling je." tulisnya.
Tidak berakhir di situ, seorang pengguna Twitter lain turut memuat naik gambar Puteri Afzan dan ayahandanya YDP Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Gambar tersebut menunjukkan YDP Agong turut memberikan pose menjeling.
Puteri Afzan memang 'sporting' habis apabila menulis kapsyen " Like father like daughter" seolah-olah memberitahu bahawa pose menjeling baginda selama ini diwarisi daripada bapanya.
Foto: Twitter
Nampaknya, selain bondanya yang menjadi perhatian, gelagat puteri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ini tidak terkecuali menjadi tumpuan rakyat jelata. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My