Menurut laporan Today Online, Danielle Joan Pereira ditikam lelaki warga Singapura yang dikenali sebagai Basnayake Keith Spencer dengan pisau sepanjang 34 sentimeter. Danielle merupakan bekas teman wanita suspek terdahulu menyewa sebuah apartment di Icon Village dari 12 hingga 14 September 2018 untuk menyambut parti ulang tahun kelahirannya. Spencer datang tanpa diundang jam 1 pagi pada 13 September tahun sama dan dibenarkan masuk oleh Pereira yang mahu bersangka baik dengan kehadiran bekas teman lelakinya itu.
Walaubagaimanapun, Spencer yang berada di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine mengambil pisau dapur lalu mendekati Pereira dan menikamnya. Suspek kemudian menghubungi pihak berkuasa dan mengakui "Saya dah tikam kawan saya", serta sempat memaklumkan Pereira cedera di bahagian punggung. Danielle menerima tujuh jahitan untuk lukanya yang sedalam lapan sentimeter dan sepanjang empat sentimeter, manakala Spencer dihantar ke pusat pemulihan sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman satu tahun penjara terhadapnya. Difahamkan, mereka yang menjalin hubungan istimewa pada Ogos 2015 terpaksa memutuskannya pada November 2016 kerana tidak direstui keluarga Spencer. Mereka bagaimanapun masih berhubung dan berteman seperti biasa sehingga hari kejadian. - CARI
|
fox.: Iskk kalau bontot ceper, harus tembus hingga ke tulang
buapakperut replied at 6-9-2019 10:55 AM
mungkin asalnya ceper, pakwe payung surgery silikon, dah mantop kene tinggal, lalu pakwe nak amik ...
Biabetik replied at 6-9-2019 03:00 AM
Hahaha.... Pakwe nk buh kt punggung dia plk kot
sukacactus replied at 8-9-2019 06:20 AM
Family yg menikam tu yg xrestu, apa plak salah punggung yg kena tikam?
Mmg bengong la org makan dad ...
mizzmimi replied at 8-9-2019 01:12 PM
Tikamla bontot sundrik kan..
ADVERTISEMENT