Khabar duka buat imam muda Muzammil Hasballah apabila anak keduanya meninggal dunia pada 4 September 2019 lalu. Imam muda yang lahir di Aceh itu telah bernikah pada 7 Julai 2017 dengan Sonia Ristanti Idris dan baru sahaja dikurniakan anak kedua yang diberi nama Ruhi Ghumaisha. Beliau juga sering muncul di kaca televisyen dengan suara merdu alunan bacaan surah-surah lazim Al-Quran pada siaran Oasis. Khabar gembira itu sempat dikongsikan Muzammil di akaun Instagram miliknya.
Namun, kebahagiaan itu tidak lama apabila beliau berkongsi gambar Ruhi di mana kelihatan seorang bayi yang sedang menjalani rawatan intensif dengan pelbagai wayar pada tubuhnya. Terbaru, Muzammil berkongsikan video upacara pengebumian di Ignya. Semoga Muzammil sekeluarga tabah menerima takdir ini. Salam takziah. - CARI |
Kurex replied at 6-9-2019 11:12 AM
Bertabahlah.. Mak aku cerita, masa aku baru lahir pun ada banyak wayar sebab aku dah lemas.. Alhamdu ...
yuki812 replied at 6-9-2019 02:38 PM
tak kenal sape laki ni..
maybe iols baru kuar dari guar..
takziah diucapkan...
scorpionkiki replied at 10-9-2019 05:37 PM
Bacaan quran dia sangat terkesan di hati....mmg dok jd imam dan mmg layak digelar imam muda. Bukan ...
ADVERTISEMENT