CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Ada Syurga Di Kelasku" - Anak Murid Selamatkan Guru Depresi

10-9-2019 10:19 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 3759| Komen: 13|Original author: natrahn


Kisah seorang guru yang berjaya keluar dari penyakit kemurungan atau depresi dengan bantuan murid-muridnya menjadi viral di Twitter. 

Mohamad Safwan adalah guru sandaran di sebuah sekolah menengah di Johor Bahru yang mencuri perhatian warganet kerana kreativitinya mengajar subjek Sejarah. Malah kaedah pengajarannya itu juga menjadi salah satu caranya mengatasi masalah kemurungan.


Kesungguhannya ketika mengajar dapat dilihat menerusi kostum yang digayakan di dalam kelas yang dihasilkan sendiri dengan bantuan ibunya, Suriyatina Che Hat. Selain menonjolkan kreativiti yang ada, pendekatan itu juga bertujuan menarik minat pelajar datang kelasnya. 

Memetik laporan dari Harian Metro, Mohamad Safwan Zulqarnain Jebat mengakui mula mengalami kemurungan sejak di bangku sekolah kerana sering dibuli. Kemurungan itu bertambah serius selepas ayahnya meninggal dunia akibat kanser tisu namun terkawal selepas dibawa bertemu dengan pakar dan kini bertambah baik sejak menjadi guru.

Antara watak Cikgu Safwan semasa mengajar

Safwan kini tidak bekerja buat sementara waktu kerana kontrak terakhirnya sebagai Guru Simpanan Kerajaan telah tamat. Safwan mengakui kehadiran murid-muridnya banyak membantunya melawan depresi.

"Dulu selalu menangis sebelum tidur, bangun je rasa kosong, tak nak buat apa-apa. Tapi bila mengajar, ada murid-murid, saya ada sebab bangun setiap hari. "

"Tengok senyuman mereka, keterujaan untuk belajar serta improvement mereka, saya rasa gembira. Mereka hargai saya. Saya juga banyak fokus pada murid dan persiapan untuk mengajar," ujarnya.

Selamat Maju Jaya Safwan. Semoga terus bersemangat mendidik anak bangsa. - CARI
1

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hotmak 10-9-2019 10:22 AM
wah kalau cikgu bersemangat mcm ni,  murid pun rasa seronok nak belajar
Quote Cable 10-9-2019 10:45 AM
smua bnda nk viral...ko nk murung x yah viral..baik korang viralkn kapir bongok dlm forum ni yg sibuk psl agama n bangsa orng lain...psl manusia berubah drpd beruk dn jugak psl aurora tu graviti..lg best
Quote Fleur81 10-9-2019 10:58 AM
Bagus kalau dapat guru yang kreatif macam ni
Quote sarahmirza 10-9-2019 11:01 AM
Cable replied at 10-9-2019 10:45 AM
smua bnda nk viral...ko nk murung x yah viral..baik korang viralkn kapir bongok dlm forum ni yg sibu ...

Kalau tak viral tak seronok la...
Kurang2 ada juga cerita nak dilayan..
Quote chinta89 10-9-2019 11:28 AM
pakat ramai2 viralkan psl depression.


sbnrnya setiap org ada gangguan, yg beza kecik atau besar, parah atau tidak, dan cara atasi.

btw mungkin untuk kesedaran kpd org ramai supaya bantu org yg prob mcm ni dan jgn ambil enteng thdap depress.

Isu ni tabu, org anggap mcm dah jumpa psikiatri, terus cop "orang gila" padahal.... hmmmmm
Quote natrahn 10-9-2019 11:34 AM
chinta89 replied at 10-9-2019 11:28 AM
pakat ramai2 viralkan psl depression.

kan...biar orang tahu ada masalah macam ni boleh dirawat sebelum keadaan jadi lebih teruk.
Quote natrahn 10-9-2019 11:35 AM
Cable replied at 10-9-2019 10:45 AM
smua bnda nk viral...ko nk murung x yah viral..baik korang viralkn kapir bongok dlm forum ni yg sibu ...

manusia berubah daripada beruk?
Quote haryatie 10-9-2019 11:39 AM
org macm ni la bgus ada semangat
tp da abis kontrak tu macam mana
jgn la depress semula..da xde benda nak buat
smoga Allah bukakan pintu rezeki nya
Quote shark_eow7 10-9-2019 11:47 AM
bagusnya teaching method. mudah nak igt. tapi subjek sejarah ni deend atas cikgu sebenarnya. kalau cikgu best rasa sekejap je. kalau cikgu tu xbest baru 10 minit dah nak tido je rasaaa
Quote Gomea 10-9-2019 12:16 PM
Seronok budak2 kalau ada cikgu macam ni. Zaman dulu cikgu2 suke bawak rotan. Budak2 pon jadi takut
Quote Artemesiaa 10-9-2019 12:23 PM
Baguslah sama2 dapat keuntungan anak2 murid bantu atasi deprasinya dan dia bantu anak2 muridnya dalam pelajaran.  Harap dia dapat jadi guru tetap akhirnya.
Quote tagas 10-9-2019 04:25 PM
da viral

bleh la gi jpn mohon sambung kontrak

ke mohon yg tetap terus kalo ade rezki tak ke mana
Quote cupu 10-9-2019 04:31 PM
Pergi apply sek swasta riqz apa ntah kat bangi tu...my sil ngajar situ...aku tgk dia mmg jauh beza ngan sek gomen ni..ada rakaman la..ada main tu main ni..shooting bagai..ada klu aktiviti byk mcm ni elokla buatbsafwan ni cure..sbb kesibukkan tula yg menolong dia dr xmelayan depress.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.054204 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top