Sekumpulan remaja didakwa di mahkamah selepas melakukan aksi prank melampau terhadap guru di Sekolah Menengah Olentangy Hyatts di Powell, Ohio pada 16 Mei lalu, lapor News.com.au. Sementara itu, The Sun melaporkan tujuh ramaja lelaki berusia 14 tahun menghidangkan krep dengan air kencing dan mani kepada guru mereka ketika pertandingan memasak yang diadakan di sekolah sebelum dinilai guru sekolah terbabit.
Salah seorang daripada remaja berkenaan membawa beg plastik berisi air maninya ke sekolah pada hari pertandingan sebelum menyapunya di atas krep yang disediakan mereka. Juri yang tidak menyedari makanan mereka telah dicemari najis memakannya tanpa was-was. Menurut laporan, seorang lagi remaja turut membawa plastik berisi air maninya, namun mendakwa langsung tidak menggunakannya. Selain menyapu air mani, remaja terbabit turut bercadang untuk mencampurkan sos barbeku dengan air kencing sebelum dihidangkan kepada juri.
Pendakwa berkata, kumpulan remaja terbabit juga berpakat menghapuskan bukti selepas memadam kiriman pesanan yang mengandungi respi menjijikkan itu yang telah dirancang beberapa hari sebelum hari kejadian. Kesemua pelajar terbait akan dibicarakan di Mahkamah Juvenil Daerah Delaware dalam tempoh tiga minggu akan datang atas dakwaan melakukan serangan feloni dan mengganggu bahan bukti. - CARI
|
riyadhK replied at 5-9-2019 03:19 PM
Bkn air mani berbau ke
ADVERTISEMENT