Sebuah video yang kini tular di media sosial dan dikongsikan lebih 5,000 kali (ketika artikel ditulis) menunjukkan aksi yang jarang dilihat. Video itu memaparkan pergaduhan di antara seorang lelaki dan wanita, dipercayai suami isteri di tengah jalan.
Kejadian dikatakan berlaku di dalam negara, berdasarkan bahasa lelaki yang merakam video itu dan keadaan persekitarannya. Pada mulanya, insiden yang dirakam oleh seorang lelaki itu kelihatan seperti pergaduhan biasa, tetapi apabila keadaan semakin 'memanas', si suami mula menampar dirinya sendiri dengan kuat.
Video berdurasi 5 minit 8 saat itu bermula apabila si isteri menjerit ke arah suaminya. Butiran pergaduhan bagaimanapun tidak jelas. Selepas bertengkar beberapa ketika, si suami tiba-tiba naik marah dan mula menampar mukanya dengan kuat beberapa kali. Isteri tersebut kemudian cuba menenangkan suaminya, tetapi lelaki terbabit meneruskan aksinya. Malah, bunyi kuat yang pasti menyakitkan kedengaran dari kejauhan. Perbuatan pasangan itu membingungkan netizen. Bagaimanapun, ada yang membuat spekulasi bahawa si suami mungkin terlalu marah tetapi tidak sampai hati untuk memukul isterinya. Lantaran itu, si suami memukul mukanya sendiri, kata beberapa netizen membuat spekulasi. Walaupun perbuatan itu nampak ganjil, namun ada netizen yang memuji tindakannya. 'Sayang bini juga rupanya, sekurang-kurangnya dia tak berani pukul bini,' kata netizen. Selepas menampar dirinya beberapa kali, pergaduhan itu kemudiannya reda dan lelaki berkenaan kembali ke arah motosikalnya dan dihampiri isterinya sebelum mereka kemudiannya dilihat berbincang dengan tenang. Insiden itu berakhir dengan aman apabila pasangan terbabit kemudiannya menaiki motosikal bersama dan meneruskan perjalanan. Diharapkan, ini bukanlah sesuatu penderaan emosi yang boleh mengakibatkan kecederaan serius kepada pasangan tersebut. - CARI
|
Kurex: Kenapa zaman sekarang perempuan lagi tembun dari laki??
sarah82 replied at 10-9-2019 10:00 AM
Kira pelik la.. Dia tampar diri sendiri. Tapi lagi bagus la dari jadi bacul pukul isteri.
Kurex replied at 10-9-2019 10:02 AM
Kenapa zaman sekarang perempuan lagi tembun dari laki??
Kurex replied at 10-9-2019 10:02 AM
Kenapa zaman sekarang perempuan lagi tembun dari laki??
Biabetik replied at 10-9-2019 10:20 AM
Mgkn dia provoke bininya, klu berani pukul la!!. Haaa... gitu kekdahnya.. Mungkin bini yg terlebih ...
haryatie replied at 10-9-2019 11:18 AM
kehidupan suami istri mmg complicated
kdg nmpak mcm benci sgt, marah sgt, jijik sgt
tp ...
girlfridayz: "abg yang bersalah dalam hal ini! biar abg sakit! kalau mah nak pukul abg sebab abg salah tapi mah tak tergamak, biarlah abg pukul diri abg tanda ab ...
ADVERTISEMENT