|
Sedia maklum Dr Zakir Naik sebelum ini dilarang untuk memberikan sebarang ceramah terbuka di negara ini. Namun dia sentiasa dinanti-nantikan ramai umat Islam di Malaysia. Penceramah dari India berusia 53 tahun itu seperti dilaporkan Harian Metro telah menghadiri solat berjemaah pada program Malam Islam Bersatu di Masjid Cina, Krubong, Melaka malam kelmarin. Program tersebut turut dihadiri Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil dan dipenuhi lebih 3,000 masyarakat Islam daripada pelbagai kaum. Dr Zakir mengimamkan solat Maghrib diikuti dengan bacaan Yasin yang dipimpin Abdul Halim selain turut mengimamkan solat sunat dan solat fardhu Isyak.
Terdahulu, Ketua Menteri Adly Zahari melarang pendakwah tersebut ke Melaka untuk berceramah demi menjaga ketenteraman, keharmonian dan perpaduan awam. - CARI |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 03:38 AM GMT+8 , Processed in 1.007970 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.