Wartawan Berita Harian dilaporkan menerima ugutan bunuh menerusi emel susulan laporan pendedahan dikeluarkan akhbar itu beberapa hari lalu. Menurut Khaidir A Majid, Pengarang Kumpulan BH menegaskan bahawa mereka tidak akan tunduk terhadap sebarang ugutan.
“Setiap laporan disiarkan BH adalah berdasarkan bukti diperoleh oleh wartawan kami. “Jika ada pihak yang tidak puas hati terhadap mana-mana laporan BH, akhbar ini sentiasa memberi ruang kepada mereka untuk menyuarakan pandangan. “Tindakan membuat ugutan adalah satu perbuatan pengecut dan tidak akan meluntur semangat kami untuk mengejar kebenaran,” katanya. Katanya, satu laporan polis telah dibuat pada Ahad. Dalam satu kenyataan, Khaidir berharap polis dapat mengesan penghantar emel berkenaan dan mengenakan tindakan sewajarnya terhadap pelaku.
Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Chin Sung Chew mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mengugut wartawan itu yang boleh didakwa mengikut peruntukan undang-undang negara ini. “NUJ menerima laporan daripada cawangan New Straits Times Press (NSTP) mengenai seorang ahlinya yang juga wartawan menerima ugutan bunuh menerusi emel pada 8 September lalu. “Polis harus menyiasat siapa dalang di sebalik tindakan ini dan heret mereka ke muka pengadilan secepat mungkin,” katanya. Berkongsi pandangan sama dengan Khaidir, Sung Chew menggesa orang ramai membuat aduan menerusi saluran sepatutnya sekiranya tidak berpuas hati mengenai sebarang siaran berita. Beliau meminta ahli dan wartawan yang bernaung dengan NUJ untuk tidak melayan sebarang bentuk ugutan, sebaliknya terus melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. - CARI
|
nazzse replied at 10-9-2019 08:41 AM
Pasal kebun kat melaka tu kan? BH je dapat berita ekslusif te..
Cable replied at 10-9-2019 01:18 PM
x nk kaitkn ngn pmrintahan kerajaan parti ape ke? sllunye macai pkr akn kata psl gomen bn
GuaSayangMelaka replied at 10-9-2019 08:57 AM
kebun kat Melaka ?kes apa ?
sorry dh lama x tntn berita n bc papers.........
nazzse replied at 10-9-2019 12:31 PM
Ehh silap, sebenarnya dekat selangor, bukit beruntung..
Dok teringat bukit beruang..
ADVERTISEMENT