Seorang pengguna Twitter bernama Farhana menyatakan perasaan terkejutnya ketika menghadiri sebuah kursus wajib pra-perkahwinan yang bertujuan untuk mengajar bakal suami-isteri tentang tanggungjawab pasangan dalam rumah tangga.
Menurut Farhana, penceramah itu beberapa kali membuat kenyataan yang disifatkannya tidak bersesuaian dengan kelayakannya sebagai seseorang yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana dan PhD dalam bidang agama. Antara kata-kata yang kononnya diutarakan oleh penceramah itu ialah 'normal bagi suami untuk mendera wanita, tapi wanita mendera lelaki itu tak normal'. Farhana juga mengatakan beliau tidak bersetuju dengan kenyataan penceramah bahawa satu-satunya tanggungjawab suami kepada isteri ialah nafkah batin, sedangkan isteri mempunyai banyak tanggungjawab lain antaranya setia, terutamanya dalam memenuhi tuntutan batin suami. 'Penceramah itu juga mengatakan wanita perlu bersedia memberikan nafkah batin kepada suami, bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, malahan penceramah banyak mengeluarkan lawak berunsur lucah tentang lubang vagina wanita mana lebih ketat' tambah Farhana lagi. 'Para isteri, jika ibu kamu nazak dan suami tak bagi balik rumah, kamu mesti taat, jika suami hendakkan anak 12 orang, kamu perlu berikan kepadanya, kerja lebih masa sikit' kata penceramah itu lagi. Pendedahan Farhana mengenai kegagalan penceramah tersebut menyampaikan silibus dengan berkesan menyebabkan beberapa orang netizen turut berkongsi pengalaman yang ada. Malahan ada yang memberikan cadangan supaya sudah sampai masanya pengisian kursus kahwin dikaji semula kerana kegagalan sesetengah penceramah untuk memberikan fokus kepada objektifnya. Bagaimanapun, Farhana dan netizen memberikan pencerahan bahawa ini hanya berlaku di beberapa penceramah dan bukan melibatkan semua. Ramai lagi penceramah yang memberikan pengisian yang berkesan. - CARI |
encikWawad replied at 11-9-2019 11:21 AM
iyolah pahana oii. ustaz tu miang whislt kau pun mengeyam dengan boifren tu takpe yer
encikWawad replied at 11-9-2019 11:21 AM
iyolah pahana oii. ustaz tu miang whislt kau pun mengeyam dengan boifren tu takpe yer
ADVERTISEMENT