Penyanyi popular Sufian Suhaimi telah membuat keputusan untuk mengambil seorang anak angkat lelaki beberapa hari lalu. Dia mengumumkan berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya.
Menurut Sufian, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa memandangkan usianya kini 27 tahun dan dia berkemampuan. "Usia 27 tahun bagi saya bukanlah terlalu muda untuk memikul tanggungjawab. Selain ibu ayah, keluarga, saya memerlukan tujuan untuk bekerja lebih kuat. Banyak masa saya gunakan untuk mencari perasaan apa yang kurang selama ini," tulisnya.
Rakan artis turut memuji tidakan Sufian Suhaimi dan mendoakan kesejahteraan hidupnya. |
Boomibulat replied at 12-9-2019 10:41 AM
Knp x kawin dan buat sndiri...?
sarahmirza replied at 14-9-2019 05:18 PM
Sian dia takde calon isteri...
Takde yang nak masuk minang dia..
sarahmirza replied at 14-9-2019 05:18 PM
Sian dia takde calon isteri...
Takde yang nak masuk minang dia..
Boomibulat replied at 14-9-2019 08:19 PM
Kurex pn x sudi.selekeh katanya
ADVERTISEMENT