|
Perasaan dan suasana sedih masih dirasai ahli keluarga Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya yang terkena tembakan ketika demonstrasi latihan di Kem Lok Kawi, Sabah, baru-baru ini. Apa yang mengejutkan isteri kepada Allahyarham, Nour Shafinar Harun baru sahaja mengetahui dirinya sedang hamil selepas dua hari arwah meninggal dunia.
Perkara itu dikongsi kakak kepada Nour Shafinar yang dikenali sebagai Sha Qalif menerusi sebuah posting di laman Facebook. "Alhamdulillah juga dua hari selepas arwah pergi rupanya ada sinar baru. Balu positif hamil, kalau arwah ada, mesti dia gembira sangat. "Tapi, malangnya arwah belum sempat tahu yang beliau akan menerima cahaya mata lagi. Arwah meninggalkan penggantinya.. Semoga adik kuat demi janin yang dikandung ya," tulisnya.
Orang ramai turut mengucapkan syukur selepas mendengar perkhabaran itu dan berharap agar isteri Allahyarham terus kuat dan tabah dalam membesarkan anak-anak. Loading FB Post... |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.617982 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.