|
Bayi lelaki berusia 11 bulan maut selepas dicampak ke sungai dari sebuah jambatan sebelum suspek dilihat mengunjungi pub berhampiran. Lelaki berusia 22 tahun yang dipercayai bapa kepada mangsa ditahan di pub Lock Keeper di Radcliffe, Greater Manchester kira-kira jam 4.30 petang semalam, lapor The Sun.
Menurut saksi, sejurus tindakan kejamnya itu, lelaki terbabit berjalan menuju ke pub berkenaan dan dilihat memesan minuman. Suspek ditahan beberapa minit kemudian selepas polis menerima aduan. Difahamkan, anggota bomba menyelamatkan bayi itu kira-kira 100 meter dari jambatan berkenaan. Bagaimanapun, paramedik kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia dan polis melancarkan siasatan berhubung kejadian. Menurut anak perempuan pelayan bar di situ, suspek berkata dia tidak memiliki wang ketika memesan minuman sebelum ramai orang datang dan menjerit terdapat bayi terjatuh dalam sungai. Namun, suspek dilihat tidak menunjukkan sebarang reaksi sebelum memberitahu salah seorang pelanggan bahawa dia baru sahaja mencampakkan bayinya ke dalam sungai berkenaan. Dua jentera bomba, ambulans dan helikopter polis dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian. Superintendan Detektif Jamie Daniels berkata, pihaknya sudah menahan suspek dan sedang menyiasat motif pembunuhan itu. - CARI
|
mata.kail replied at 12-9-2019 05:39 PM
Muda lagi tu 22 tahun...pakailah safety kalau belum ready nak jadi bapa..ehhh..suka betul buat..tapi ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.801106 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.