CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sayang Kau Ada Bakat Tetapi Kerana Dadah.." - Ajai Harap Mamat Exist Berubah

13-9-2019 04:04 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 15326| Komen: 72|Original author: SakuraJo

Kisah penangkapan bekas vokalis Exist, Mamat kerana penyalahgunaan dadah menjadi isu hangat di kalangan para peminat. 

Ramai yang mahu Mamat berubah ke arah lebih baik, apatah lagi dia bakal terlibat dengan konsert bersama Exist tidak lama lagi. Sayang, kan?


Menurut penyanyi dan komposer Ajai yang juga salah seorang ahli kumpulan tersebut, dia menganggap ada hikmah di sebalik isu ini. 


"Apa yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya dan disebabkan itu kami tahu dirinya yang sebenar. 

"Sebagai 'brotherhood' kami akan memberinya peluang terakhir dan membantu Mamat untuk dia berubah.

"Mamat perlu bersyukur kerana masih ada orang sayangkan dia dan ambil berat pasalnya dan saya berharap agar dia boleh berubah," katanya kepada Astro Gempak. 


Ajai juga beranggapan bakat yang ada ini akan sia-sia jika dibiarkan rosak dek kerana dadah. 


"Sayang kau ada bakat, bagus dalam nyanyian tetapi kerana dadah kau rosak," katanya lagi. 

Mamat, 41 sebelum ini dilaporkan ditahan atas kesalahan berkaitan dadah jenis syabu di Johor Bahru pada Ahad lalu. 

Manakala, konsert reunion Exist bakal dilangsungkan pada 28 September ini di Stadium Melawati Shah Alam dan 5 Oktober di Singapura. - CARI 

1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Elanarose

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • cahayahidupku


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 13-9-2019 04:14 PM
heols ni addicted tahap kalau tak dapat dadah macam tak dapat makan,
tak consume mampus, consume pun mampus juga?
Quote CiliPadiSedap 13-9-2019 04:28 PM
dadah boleh buat suara sedap ke?
Quote Cable 13-9-2019 04:34 PM
CiliPadiSedap replied at 13-9-2019 08:28 AM
dadah boleh buat suara sedap ke?

mitos je tu
Quote Cable 13-9-2019 04:35 PM
dia isap dadah..bkn niaga dadah..dia mangsa...bkn pemangsa...mne positif vibe korang? kalau fazura neelofa positif cam bongok sekor2 aku tngok...ngok
Quote haruslah 13-9-2019 04:37 PM
ader terbaca exists reunion ni diorg ucap time kasih sgt kat ajai sbb sudi join
same dgn konsert rtm tu

cara cakap tu mcm ajai mmg dah bpatah arang nak join exists tp join gak utk reunion ni
tp tu la....mamat lak buat hal
Quote damian_lee 13-9-2019 04:41 PM
CiliPadiSedap replied at 13-9-2019 08:28 AM
dadah boleh buat suara sedap ke?

Xde maknanya

Tapi mungkin boleh bagi feel lebih laa
Quote MadameOnion 13-9-2019 04:46 PM
hopefully ahli2 exist yg lain boleh bantu mamat ni..mmg problematic la..dedulu ingat lagi kes rogol pun pernah dia ni
Quote LadyCarefree 13-9-2019 04:52 PM
Cable replied at 13-9-2019 03:35 PM
dia isap dadah..bkn niaga dadah..dia mangsa...bkn pemangsa...mne positif vibe korang? kalau fazura n ...

Mangsa? Choiiiii
Quote LadyCarefree 13-9-2019 04:53 PM
MadameOnion replied at 13-9-2019 03:46 PM
hopefully ahli2 exist yg lain boleh bantu mamat ni..mmg problematic la..dedulu ingat lagi kes rogol  ...


Bacalah statement diorang. Diorang pun dah give up.
Sampai nak buat konsert ni pon semua awal2 dah cakap tak nak bertanggungjawab jaga mamat.
Quote shida81 13-9-2019 05:02 PM
MadameOnion replied at 13-9-2019 04:46 PM
hopefully ahli2 exist yg lain boleh bantu mamat ni..mmg problematic la..dedulu ingat lagi kes rogol  ...

kose org nk tolong lebih2... peluang da bg pandai2 la rebut mcm ezad tuh... tp dia yg sia2kan
tp x tau la klu dia dianiaya... kannn

Quote sleepandream 13-9-2019 05:25 PM
CiliPadiSedap replied at 13-9-2019 04:28 PM
dadah boleh buat suara sedap ke?

boleh hilangkan stage fright, kurangkan stress, dan bantu fokus dalam keje...
ehhh ni 420
Quote Intanmahsuri 13-9-2019 05:48 PM
Pernah dengan interview dorg dekat Sinar - Ajai cakap dia cuma concern dengan org yang dekat Johor which is Mamat.

Quote Gomea 13-9-2019 05:54 PM
Bagus exist masih nak membantu mamat.
Quote mogey 13-9-2019 05:56 PM
Jadik ke x konsert ni?
Quote Perawankota 13-9-2019 05:58 PM
Harap satu hari dia betul2 berubah
Quote nooriesz 13-9-2019 06:11 PM
mamat ni peluangnye terlalu byk kot.. tp slalu dirugikan.. memanjang je kantoii

mcm tu pun peminat still terima lg..
Quote jin_lampu 13-9-2019 06:26 PM
aku menyampah penyanyi yg berdadah ,bg peluang buat lagi dan lagi dan lagi
mereput tunggu mampus tepi jalan jerlah.
muka serupa perangai
Quote awexgaban7 13-9-2019 07:03 PM
Org sayang pon tak hargai....
Quote kivio 13-9-2019 07:09 PM
Kalau dah sangkut sekali, payah dah nak stop.
Tengok jela yasin, apek.

Bape kali insap tapi ulang balik.

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.125993 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top