|
Seorang wanita maut selepas anaknya tertekan suis tingkap kereta menyebabkan lehernya tersangkut. The Sun melaporkan, kejadian berlaku di Staroe Selo, Belarus pada 31 Ogos lalu ketika Yulia mahu mengangkat kanak-kanak perempuan itu keluar dari kereta menerusi tingkap bahagian depan yang dibuka separuh. Mangsa yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahiran ke-21 bagaimanapun tidak menyangka anaknya berusia dua tahun itu tertekan suis automatik secara tidak sengaja menyebabkan lehernya tersepit hingga tidak sedarkan diri.
Suaminya, Artur yang melihat Yulia sudah terkulai terus memecahkan cermin dan menarik mangsa keluar. Panik dengan keadaan itu, Artur menghubungi talian kecemasan sebelum mangsa dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal. Yulia yang berasal dari Žabinka meninggal dunia lapan hari selepas kejadian akibat mengalami kerosakan pada otak. - CARI
|



Macam leceh je, baik buka pintu je terus. Maknya pun muda sangat lagi
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.038077 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.