Apabila bercakap tentang band tempatan, Butterfingers sememangnya bukan satu nama asing bagi penggemar muzik tanah air. Jika negara luar mempunyai Nirvana sebagai simbol kepada muzik bergenre grunge, di Malaysia kita pernah berkesempatan menikmati Butterfingers satu ketika dulu.
Peminat Butterfingers pasti tidak boleh lupa akan suara Emmet menyanyikan lagu-lagu ikonik seperti Girl Friday dan Faculties of Mind, dan siapa saja boleh melupakan intro ikonik sebelum lagu The Chemistry (Between Us) atau instrumental hebat dari Vio Pipe? Emmett, vokalis utama Butterfingers telah melanjutkan pelajarannya di Kanada menjelang 2003, sebelum kugiran itu kemudiannya diterajui oleh Loque. Loque membawa Butterfingers kepada satu tahap dan genre yang berbeza, namun mereka akhirnya berpecah secara rasmi pada 2009. Bersempena ulangtahun ke-20 album Transcedence, Butterfingers kembali untuk mengubat kerinduan peminat-peminatnya dengan barisan yang sama. Acara ini telah diumumkan oleh ahli-ahli Butterfingers sendiri termasuklah Loque dan Emmett di laman sosial mereka sendiri yang akan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam pada 2 November ini. Tiket mula dijual bermula 19 September 2019 jam 5 petang, melalui laman web Air Asia RedTix, dan bermula dari harga RM115, RM165 dan RM256. Setiap tiket dikategorikan berbeza mengikut harga seperti Mokhsha, Chemistry (Between Us) dan Epitome. Jadi, Royal Butters, simpan duit, tanda tarikh tersebut dan bersedialah untuk "memecahkan" Stadium Melawati Shah Alam. Butter late than never! - CARI |
ADVERTISEMENT