CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Harum Senyum, Tanah Gembur Antara Kejadian Aneh Pengkebumian Mantan Presiden Indonesia

14-9-2019 09:30 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5087| Komen: 21|Original author: Sang_Pencinta

Istiadat pengkebumian mantan Presiden Indonesia yang ketiga, Bacharuddin Jusuf Habibie (BJ Habibie) baharu sahaja selesai tetapi beberapa orang yang terlibat memberitahu pemberita terdapat kejadian aneh berlaku ketika pengkebumiannya.



Kredit foto: Carian Google


Menurut Indonesiakininews, beberapa orang kakitangan mantan ketua MPR Amien Rais melaporkan jenazah almarhum BJ kelihatan tersenyum dan sejuk ketika meninggal dunia.


Kredit foto: Facebook



'Ya, saya lihat wajahnya tersenyum seakan-akan gembira' kata kakitangan itu lagi. 

'Ruangan juga sejuk dan harum semerbak sepanjang pengkebumian' tambahnya.

BJ Habibie memilih untuk dimakamkan di samping isterinya, Hasri Ainun Besari di Taman Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta Selatan.


Kredit foto: Indonesiakininews



Bagaimanapun, Saidi , 37, salah seorang petugas penggali kubur di Taman itu memberitahu Hot Grid News bahawa, beliau dan 9 orang rakannya kehairanan ketika melaksanakan tugas menggali kubur pemimpin itu.


Menurutnya,  ketika cuaca kemarau, kawasan tanah perkuburan biasanya sangat keras dan susah untuk digali, bagaimanapun kali ini mereka hanya mengambil masa yang singkat untuk menggali kerana tanah sangat gembur dan mudah digali.



Kredit foto: grid.id


'Anehnya juga kami tidak menjumpai walau sebiji pun batuan atau halangan sedangkan tapak makam yang dipilih sememangnya terkenal sebagai kawasan yang berbatu'  tambah Saidi lagi.

'Alhamdulillah, tiada sebarang kendala walaupun kami menjangkakan penggalian jam 10 malam sukar' terangnya kepada pemberita.


Kredit Foto: The Jakarta Post


Dikenali sebagai seorang pemimpin yang berpandangan jauh, upacara pengkebumian turut dihadiri oleh Presiden Jokowi yang mengucapkan 'Selamat jalan, Mister Crack, Sang Pioneer' kepada almarhum BJ Habibie. - CARI 


Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 14-9-2019 10:07 AM
Tak hasanah bukanlah indon namanya.
Quote Kurex 14-9-2019 10:12 AM
Lepas ni, ramailah indon yg puja kubur ni.. Indon dan khurafat serta hazsanah berpisah tiada
Quote Jiddin 14-9-2019 10:19 AM
Seminggu ni aku asyik ulang dengar OST Rudy Habibie. Sambil mendengar tu aku cari2 juga info pasai arwah. Tak sangka minggu ini arwah dah meninggalkan dunia yg fana.

Come to think of it, real talents and real humanist tiada tempat dlm politik. Kalau ada pun, hayat tak lama.
Quote Acikgomen 14-9-2019 10:30 AM
Jiddin replied at 14-9-2019 10:19 AM
Seminggu ni aku asyik ulang dengar OST Rudy Habibie. Sambil mendengar tu aku cari2 juga info pasai a ...

Acik teringat bait lirik ost pilem pasal heshe and wifey tu. Bcl nyanyi. Mmg mengena betul dgn kisah dorang
Quote rayriff 14-9-2019 10:38 AM
Jiddin: Seminggu ni aku asyik ulang dengar OST Rudy Habibie. Sambil mendengar tu aku cari2 juga info pasai arwah. Tak sangka minggu ini arwah dah meninggalkan ...


tokoh bukan calang2 orangnya.
Quote kismis 14-9-2019 11:25 AM
Jiddin: Seminggu ni aku asyik ulang dengar OST Rudy Habibie. Sambil mendengar tu aku cari2 juga info pasai arwah. Tak sangka minggu ini arwah dah meninggalkan ...


so true. yg baik takkan lama dalam politik. politik terlalu kotor..
Quote VespaSilbe 14-9-2019 12:24 PM
Aku tgk live kat awani.. terdetik gak lam hati.. heloknya tanah..
Quote KIM.K 14-9-2019 01:53 PM
Jiddin: Seminggu ni aku asyik ulang dengar OST Rudy Habibie. Sambil mendengar tu aku cari2 juga info pasai arwah. Tak sangka minggu ini arwah dah meninggalkan ...


Syahid ni iznillah
Quote rayriff 14-9-2019 02:26 PM
Acikgomen: Acik teringat bait lirik ost pilem pasal heshe and wifey tu. Bcl nyanyi. Mmg mengena betul dgn kisah dorang

oo rupanya lagu tu pasal cinta tokoh dengan sang isteri.. wahh nangiss pulak lol. lagu selalu dengar sedap sangat tak sangka pulak sempena kisah cinta mereka
Quote rayriff 14-9-2019 02:30 PM
bila baca kisah ni, teringat kata2 Nabi, orang yang paling baik dikalangan kamu, ialah orang yang paling baik dengan isterinya.

{:childlikeTokoh ni memang peribadi beliau baik dan beliau bijak sebab tu tak heran kalau dia sayang sangat isteri.{:childlike
Quote RatuDunia94 14-9-2019 09:22 PM
Kadang exeggerated jah lebih..
Quote Konahhh 15-9-2019 12:51 AM
Innalillah pak habibi. Semoga tenangla di sana.
Quote Malaysia.Doom 15-9-2019 01:00 AM
Bapak dia Bugis mak dia Jawa.
Quote ketambangkang 15-9-2019 09:29 AM
dan selepas ini makam tersebut kelak menjadi tempat memuja, cari jodoh, buang bala, ilmu hitam dan sebagainya
Quote Duta lover 15-9-2019 09:44 AM
Antara movie terbaik pernah tgk..rudy habibie.
Quote mast3rshad0w 17-9-2019 11:35 AM
itulah kesudahan yg baik....alhamdulilah syukur
Quote safieyah1984 17-9-2019 12:42 PM
i mmg sangat kagum dengan beliau, sebab selain setia dng wife dia dia seorang yang bijak dan datang dari keturunan yang berugama dan baik2, kata2 dia mmg sangat berilmu, cuma anak2 pak habibie jek yang kurang ganteng kikikiki
Quote Cpkay 19-9-2019 03:10 PM
kalau tak baca thread ni tak tau arwah ni sapa..
selalu skip je baca pasal beliau
Quote watie79 19-9-2019 03:30 PM
dalam ramai2 presiden indon, dia ni sorang jer yg i suka..sumpah tengok filem dia tu memang touching giler..perwatakan luar pon nampak baik dan tak pernah nak bermusuh ngan sesiapa..sayang sangat jadik presiden setahun lebih gara2 politik kotor..bak kata rakyat indon sendirik lah orang luar dapat hasil kerja dia, rakyat indon cuma dapat barisan panjang tengok filem dia

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.038450 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top