|
Kumpulan militan ISIS nampaknya semakin terdesak sehingga tergamak menggunakan lembu sebagai pengebom bunuh diri di Iraq. Memetik laporan Mirror, taktik itu dikesan dalam satu insiden di pusat pemeriksaan tentera di bandar Jalawla yang bersempadan dengan Iran. Dua ekor lembu yang dipasang dengan bahan letupan dibiarkan merayau-rayau di lokasi berkenaan. Walau bagaimanapun, beberapa penduduk menyedari tentang bom berkenaan dan bertindak segera memaklumkan kepada anggota-anggota tentera yang berkawal. Anggota-anggota tentera kemudian melepaskan tembakan dan bom pada dua ekor lembu terbabit seterusnya meletup sehingga mengakibatkan seorang penduduk cedera serta beberapa bangunan rosak. Serangan itu dikaitkan dengan saki-baki kumpulan militan ISIS yang masih meneruskan pertempuran di timur Iraq. Seorang pegawai, Sadiq Hussein memberitahu media bahawa ISIS semakin terdesak untuk melancarkan serangan baharu. "Ini menunjukkan bahawa mereka sudah tidak lagi berupaya merekrut golongan muda untuk dijadikan pengebom bunuh diri. Sebaliknya, mereka menggunakan lembu," katanya. Insiden itu bukan kali pertama kumpulan militan ISIS menggunakan haiwan untuk melancarkan serangan terhadap musuh mereka kerana sebelum ini, mereka menggunakan anjing yang dipasang dengan bom. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.238412 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.