CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jadilah Lelaki Budiman, Pulangkan Saya Secara Baik - Lufya

18-9-2019 10:55 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 24713| Komen: 130|Original author: natrahn


Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 34 mendakwa tidak tahu menahu mengenai tindakan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz, konon dia sudah melafazkan cerai ke atas isterinya menerusi aplikasi berkenaan.

"Saya langsung tak terima lafaz cerai seperti didakwanya dilakukan terhadap saya menerusi WhatsApp. 

"Kalau dia ada memfailkan perceraian, saya pasti ada menerima dokumen berkaitan," dakwanya seperti yang dilaporkan BH Online.


Foto: IG

Lufya bagaimanapun akur jika perpisahan menjadi titik akhir kemelut rumah tangga mereka.

"Saya terima ketentuan-Nya jika suami mahu menceraikan saya, tetapi biarlah menerusi saluran betul dan melakukannya sebagai lelaki budiman.

"Jika dia mengambil saya dengan cara baik, maka pulangkan dengan cara yang sama. Jangan cakap dia sudah melafazkan cerai menerusi WhatsApp," kata Lufya.

Lufya memohon agar suaminya menjadi lelaki yang bertanggungjawab dan turut berfikir mengenai anak mereka.

Bintang Mahar Tanpa Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura, yang kini berusia dua tahun.


Foto:IG

Kemelut rumah tangga pasangan ini mula dihidu media pada Oktober tahun lalu hingga ada pihak mendakwa pasangan terbabit mahu berpisah. Namun, menerusi Instagram (IG), Lufya menepis dakwaan tersebut meminta orang ramai tidak membuat spekulasi dan menjelaskan perkahwinan mereka masih utuh.

Namun beberapa hari lalu, rumah tangga pasangan ini kembali menjadi bualan apabila pelakon itu memuat naik status mendakwa dianiaya oleh suaminya yang dikatakan tidak menjalankan tanggungjawab selepas tiga bulan berkahwin.

Semoga Lufya dan pasangannya dapat menangani kemelut ini sebaiknya.- CARI 
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • rosasen

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissCarcosa9753 18-9-2019 10:56 AM
Mungkin doktor berhalusinasi
Takyah lah tunggu org cerai kan
Guna je seksyen 47 hakam hbs cerita
Quote BicaraHatiku 18-9-2019 10:57 AM
Kenapa aku rasa dia ni sejenis Elfpira....macam x sama je wavelength dengan si somi have2 nya tu...
Quote sarah82 18-9-2019 11:03 AM
Pulak.. Seorg kata cerai melalui wasap.. Seorg tak.. Laki dr ang pi wasap sapa sebenarnya? Hantu raya?
Quote fliphair8 18-9-2019 11:07 AM
ko nak cerai ke idok mek? apesei yg tunggu jantan keparat tu sangat...ko pi je le file dulu, move on! haiyooo, ko kan kater lawo, buat comeback setahun dua, ade le orka memana minang plak....lenyap kembali. gitu cyclenya jek. udah2 ler victimised yourself.  
Quote sitisitu25 18-9-2019 11:11 AM
da laki war2 kan cerai..lg nk tggu ws msuk inbox ka? sdiri la pi court tunjuk news laki kata da cerai..biar court tentukan..dah sah2 la laki tu da xnk..sb tu dia bising merata ckp da cerai..kisah plk ws msuk inbox sapa kan? lg nk tggu ke budiman x budiman? kisah plk dia nk budiman dgn ko..baik dia start budiman dgn pompuan lain..
Quote umbut 18-9-2019 11:14 AM
Laki muda 5 tahun kan.. macam2 kes doktor.. dulu farah asyikin laki doktor pun cerai.. takpalah.. kalo x serasi cerai dari makan hati
Quote babaicute88 18-9-2019 11:19 AM
Cara cakap mcm masih sayang. Dan nak dipujuk je
Quote tukul 18-9-2019 11:20 AM
Brp byk benang daaaaa
Quote hanie_z 18-9-2019 11:21 AM
Tapi betul pun, ade ke cerai ikut wasap je..?
Buat la cara elok, kot iye pun dah xsehaluan.
Cerai cara baik..
Quote Cekgushilla 18-9-2019 11:22 AM
Sori la
Tpi cara ko canang kt ig tu pon bukan cara baik jgk
So cash la
Quote kualibesi 18-9-2019 11:24 AM
hermm, xmo komen lebih2, tp kesian dkt anak
Quote boojaat 18-9-2019 11:25 AM
Ko block laki ko di whatsapp ke? Sebab tu ko x receive msg tu..  
Quote chinta89 18-9-2019 11:26 AM
merge je benang psl dia jd satu, byk sgt benang bersepah2 lak.
Quote Kurex 18-9-2019 11:26 AM
Laki elbulu pun akan ikut jejak langkah doktor cinta kurex.. Kau tunggu je bulu..
Quote nadihazza 18-9-2019 11:27 AM
moga dipernudahkan segala urusan hidup..
Quote laksmanabentan 18-9-2019 11:29 AM
next... drama sgt...
attention seeker...
Quote MadameOnion 18-9-2019 11:31 AM
kesian pulak dgn ketibas ni..tapi tu la..yg awal2 pi canang pasal laki kat socmed kan dah kena cerai melalui watsapp pulak..senang betul hidup korang ni pakai phone je semua..
Quote edoraixora 18-9-2019 11:38 AM
kalau dia budiman, dia takkan buat ko macam ni
maknanya dia x budiman, so tak payah hegeh2 lagi lah
make a move
Quote ketambangkang 18-9-2019 11:47 AM
dia ni lawo makeup je..diari af dulu slalu tnjuk muka dia tanpa makeup, dgn rmbut kiting nye, dgn eyebag sebakul, dark circle..bayangkan la dia bngun tido muka mcmana which is normal la utk semua pompuan mcm tu..tp che hafiz tu mementingkan kecantikan & kesempurnaan..tgk je la dr style dia..nak sentiasa nampak kemas & cntik..maybe tu lah antara faktor penyumbang kpd penceraiannya kot

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.040821 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top