CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Impian Iktiraf UEC Berkecai Jika UMNO-PAS Berkuasa Di Malaysia

18-9-2019 12:15 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 6158| Komen: 55|Original author: Tukang Tulis

Nga Kor Ming (gambar kecil) bimbang UEC tidak akan diiktiraf jika UMNO-PAS memerintah negara. Kredit foto: Carian Google

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming meramalkan impian untuk melihat Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) diiktiraf oleh kerajaan akan berkecai sekiranya gabungan UMNO-PAS berjaya mentadbir negara.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Perak berkata demikian seperti dipetik China Press dalam majlis penyerahan sumbangan kepada sekolah-sekolah Cina di Kampar, Perak baru-baru ini.

Memetik Malaysia Gazette yang melaporkan semula kenyataan itu pada 18 September, Kor Ming meminta institusi pendidikan Cina tidak berasa terlalu selesa walaupun mereka dilayan secara saksama oleh kerajaan.

"Jika UMNO-PAS menjadi kerajaan, maka prospek yang indah untuk pendidikan Cina tidak akan bertahan lama.


"Ia jelas kelihatan kerana PAS dalam mesyuarat agungnya telah membantah pengiktirafan UEC manakala sayap wanitanya meminta secara terbuka supaya kerajaan menutup sekolah rendah Cina," jelasnya.

Sistem UEC diamalkan di di sekolah-sekolah menengah persendirian Cina di Malaysia (gambar hiasan). Kredit foto: Carian Google
Beliau turut menuduh UMNO dan PAS memburuk-burukkan UEC dengan mendakwa sistem peperiksaan yang dipraktikkan di sekolah menengah persendirian Cina itu berasaskan sistem pengajaran di Taiwan.

"Jika kedua-dua parti ini tidak memburuk-buruk, maka ia hanya menunggu masa sahaja untuk kerajaan Pakatan Harapan mengiktiraf UEC," ujarnya.

Himpunan Penyatuan Ummah pada 13 dan 14 September 2019 yange memeterai kerjasama UMNO dan Pas secara rasmi telah menimbulkan keresahan banyak pihak dalam Pakatan Harapan. Kredit foto: Facebook
Kor Ming turut menyeru semua pihak agar menghargai, memelihara dan mengembangkan sekolah pelbagai aliran.

Pelik juga apabila masih ada pihak yang mempertahankan sistem peperiksaan yang tidak selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menitikberatkan elemen perpaduan masyarakat. - CARI

2

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bezita60 18-9-2019 12:18 PM
Malaysia tak perlukan UEC. Hapuskan sahaja.
Quote Cable 18-9-2019 12:23 PM
pairoparia kata cina didiskriminasi dpt keje gomen sbb gomen mewajibkn bm...dah aku bg ic x guna bm npe erk cina2 ni? cina2 ni hadap ke keje gomen? hdp le tu..prffffffffffffffffffffffffffffffffffffght
Quote sarah82 18-9-2019 12:36 PM
kejadahnya nak iktiraf.
Quote ra5101 18-9-2019 12:37 PM
So sekarang, selepas DAP perintah negara UEC dah diiktiraf ke belum..
Quote lonelymd 18-9-2019 01:07 PM
Tu dia dah mengaku... pe kejadah nak iktiraf uec??? Hang duduk china ka duduk malaysia??
Quote lonelymd 18-9-2019 01:08 PM
Puak2 sepet ni mmg dasar tamak haloba tak kenang budi....kaduk naik junjung...!!
Quote RED 666 18-9-2019 01:31 PM
nak sgt guna uec berambus saja ke taiwan
Quote Asdan 18-9-2019 01:37 PM

tanya sikit, kenapa uec, tak boleh atau boleh, diikriraf ?
Quote lonso 18-9-2019 01:44 PM
Kejadah apa nak iktiraf
Quote Foxey 18-9-2019 02:08 PM
Pilihanraya lambat lagi kot. Belum apa2 dah bimbang
Quote smartaleck07 18-9-2019 02:14 PM
Asdan replied at 18-9-2019 01:37 PM
tanya sikit, kenapa uec, tak boleh atau boleh, diikriraf ?

tak iktiraf sbb politik.. haha

sebenarnya UEC dah diiktiraf sebagai kelulusan yg boleh digunapakai utk masuk pendidikan tinggi, tapi bergantung pd kebenaran pihak atasan IPTA/IPTS utk guna or tak.. MQA dah sediakan garis panduan yg kata boleh guna UEC kalau nak.. tapi, IPTA x guna or iktiraf UEC sbb akur arahan kerajaan masa tu.. dah lama MQA sediakan guideline tu, sebelum 2018, tapi hanya sesetengah IPTS je yg guna..


most lepasan UEC amik exam SPM jugak.. so dieorg ada 2 sijil.. ikut la nak guna yg mana & apply kat local/abroad institutes..


kalau fikir secara logik, bukan emosi, UEC ni ok je.. tapiiiii, mungkin tak patut ada banyak sgt jenis2 exam yg lain drpd national exam.. and tak payah ada sekolah2 vernakular ni.. dgn sekolah private.. kat msia ni, pelik, sekolah private merata2.. ntah pape je silibus & kelayakan cikgu2 dia.. kalau kat singapore, bukan senang2 je citizen dia nak masuk private school.. mcm2 kriteria.. sbb gomen dia nak semua masuk national school..


Quote sharfox 18-9-2019 02:46 PM
Edited by sharfox at 18-9-2019 02:50 PM

Betul ke Nga Kor Ming punya statement ni atau pun fantasi penulis je? Dlm manifesto BN untuk PRU 14 ari tu siap masuk untuk iktiraf UEC...apa kes? Bila masa pulak kalo UMNO-PAS menang adan jeopardize UEC? Skrg ni je bila PH dah menang ada main tarik tali sikit sbb Tun punya Ultra Malay sgt tebal. Dong Zong dah bersyukur dah masa majlis makan malam di rumah PM dulu....hanat senyap2 je ko buat kerja yeee? - https://www.malaysiakini.com/news/422774
Quote sukekucing83 18-9-2019 02:46 PM
tazaabar tunggu next pru..semoga panjang umur aku
Quote johan-adx 18-9-2019 02:50 PM
uec tak patut diiktiraf pun oleh mana2 kerajaan..
nampak sgt puak tu dpt kuasa dia cuma bole perjuangkan kepentingan kaum dia saja
Quote sharfox 18-9-2019 02:51 PM
johan-adx replied at 18-9-2019 02:50 PM
uec tak patut diiktiraf pun oleh mana2 kerajaan..
nampak sgt puak tu dpt kuasa dia cuma bole perjua ...

Pak Jib nak iktiraf ari tu

Quote smartaleck07 18-9-2019 02:56 PM
sharfox replied at 18-9-2019 02:46 PM
Betul ke Nga Kor Ming punya statement ni atau pun fantasi penulis je? Dlm manifesto BN untuk PRU 14  ...

kannnn.. silap2, if pru15 umno-pas menang, diaorg pun nk iktiraf uec sbb nak amik hati org cina.. dlm politik, mcm2 bole jd.. ni lah susahnya kalo pendidikan pun nak dipolitikkan..

Quote Asdan 18-9-2019 03:01 PM
smartaleck07 replied at 18-9-2019 02:14 PM
tak iktiraf sbb politik.. haha

sebenarnya UEC dah diiktiraf sebagai kelulusan yg boleh digunapa ...

konsepnya serupa aja dgn sijil matrik atau sijil sekolah teknik kan ?
Quote johan-adx 18-9-2019 03:16 PM
sharfox replied at 18-9-2019 02:51 PM
Pak Jib nak iktiraf ari tu

cukup2 la dlu kita bg sekolah byk aliran ikut kaum..
lepasni uec dh lulus..india plak nk buat aliran dia sama mcm uec jgk..fikir ke depan..jgn nk glamour dpt sokongan jaa
Quote smartaleck07 18-9-2019 03:33 PM
Asdan replied at 18-9-2019 03:01 PM
konsepnya serupa aja dgn sijil matrik atau sijil sekolah teknik kan ?

matrik up lagi..

teknik sama lah..

kira UEC ni sijil lepas sek men.. taraf spm.. bole gunapakai utk masuk prog dip/sijil.. kalo nak masuk UA/US buat degree, kna ada sijil taraf matrik/stpm/dip/setaraf...


Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.041571 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top