CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi 14 Bulan Diberi Minum 5 Gelas Air Kopi Setiap Hari

18-9-2019 02:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5322| Komen: 39

Jika bayi lain diberikan minum susu ibu mahupun susu formula, namun kerana kedaifan hidup bayi berusia 14 bulan ini terpaksa diberi minum kopi. 

Kejadian di Sulawesi Barat, Indonesia itu menyaksikan Hadijah Haura diberi minum kopi setiap hari sejak berusia enam bulan. 

Bayi perempuan itu dikatakan mampu menghabiskan 5 gelas atau 1.5 liter kopi setiap hari. Memetik laporan Tribunnews, ibu bapanya memberitahu kepayahan hidup menyebabkan mereka tidak mampu membelikan anak mereka susu. 

Kredit foto: Tribunnews

"Pendapatan tidak cukup untuk membeli susu. Terpaksa setiap hari memberi air kopi.

"Malah, si kecil tidak dapat tidur jika tidak minum kopi. Boleh merengek minta kopi sebelum tidur," kata Anita, ibu kepada Hadijah. 


Meskipun diberi kopi, namun pertumbuhan fizikal anak mereka kelihatan seperti anak normal lain. Malah Hadijah dikatakan seorang bayi yang aktif.



Kisah bayi ini mendapat liputan di Indonesia dan Jabatan Kesihatan dikatakan sudah pun menghulurkan bantuan berupa biskut dan susu. 

Kedua ibu bapa bayi ini juga dinasihatkan agar tidak memberi lagi kopi kepada anak mereka kerana mengandungi kafein dan gula yang tinggi. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Foxey 18-9-2019 02:43 PM
Comel je Hadijah ni. Hopefully takde side effects
yang bahaya kepada tumbesarannya akibat minum kopi yang banyak selama 8 bulan.
Quote minguk 18-9-2019 02:47 PM
semoga membesar dengan sihat nak
Quote GigaMom 18-9-2019 02:53 PM
Tgok kopi tu cair je
Mungkin klu awal2 beli susu krimer dlm tin tu
Letak sikit asal ada warna
Aiiiih x tahu laaaaaa
yg x mampu jgn lah beranak pinak
Kesian ke anak tahu x{:yameteh
Quote helicornia 18-9-2019 03:04 PM
kat malaysia pun dulu byk mcm ni.mak aku cakap klu kt kg tu yg susah, menoreh getah klu tkde duit bg anak minum sirap je. skrg tk tau la ada lagi tak
Quote Lelli 18-9-2019 03:08 PM
Moga sihat2 saja yea dik...
Quote Malaysia.Doom 18-9-2019 03:10 PM
Better la kopi dari air sirap.

Kopi tu Ada la jugak vitamin nya. Walaupun tinggi caffeine
Quote Artemesiaa 18-9-2019 03:15 PM
Nasib ada yang perihatin dan sudi membantu tak perlulah minum kopi lagi
Quote videcloset 18-9-2019 03:30 PM
aduh kesiannya. hopefully the girl sihat je
Quote ketambangkang 18-9-2019 03:33 PM
kesian buah pinggang bdk..tp tu lah nak buat macamane di luar kemampuan mak pak dia..hrp jijah sihat2 saje
Quote diggerr 18-9-2019 03:49 PM
Semoga sihat
Quote sapeka 18-9-2019 03:58 PM
Kesian kat anak
Quote Virus_77 18-9-2019 04:10 PM
zaman sekarang ni mmg terpaksa viralkan mcm ni baru bantuan sampai.. ikut saluran yang betul belum tentu dapat hasil.

hopefully baby sihat selalu
Quote buapakperut 18-9-2019 04:43 PM
harap takde side effect bila dia besar.macam iols kecik2 ( bukan bayi) kene minum kopi juga sebab takde milo. bila bedar iols gastrik teruk sampai ke tua, takleh minum kopi teh nanti pemgsannnn
Quote multinicky 18-9-2019 04:45 PM
kesiannye
Quote cclina2 18-9-2019 04:45 PM
susu tepung pon tak bagus.
Quote Perawankota 18-9-2019 05:32 PM
Kt Malaysia, org kasik teh o pon ada, air kosong jer pon ada.. Lantaran kedaifan
Quote Malaysia.Doom 18-9-2019 05:38 PM
ketambangkang replied at 18-9-2019 03:33 PM
kesian buah pinggang bdk..tp tu lah nak buat macamane di luar kemampuan mak pak dia..hrp jijah sihat ...

Kopi Tak effect buah pinggang la merepek je
Quote mamakcool 18-9-2019 05:38 PM
Breastfeed...musti manyak susu...maa
Quote Lolalala 18-9-2019 06:45 PM
Kalau duit kopi tu belikan susu mcm mana?

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 1.312314 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top