CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selepas Lama Menghilang, Rafizi Ramli Akhirnya Muncul Dengan Portal Cari Kerja

19-9-2019 09:32 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 10571| Komen: 29|Original author: Tukang Tulis

Rafizi melancarkan portal adnexio.jobs bagi mewujudkan pasaran pekerjaan yang lebih baik di Malaysia. Kredit foto: Facebook

Ramai yang tertanya-tanya ke mana menghilangnya bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli selepas kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Beliau dilihat lebih gemar mendiamkan diri lebih-lebih lagi setelah tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR pada 2018 di tangan Datuk Seri Azmin Ali.

Sikap Rafizi itu mencetuskan pelbagai spekulasi kerana sebelum PH berkuasa, beliau dikenali sebagai seorang tokoh politik pembangkang yang lantang memperjuangkan isu-isu seperti penurunan harga minyak, cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta cincin Datin Seri Rosmah Mansor.

Akhirnya persoalan itu terjawab apabila Rafizi mengumumkan tentang projek terbaharunya iaitu portal pencarian pekerjaan, adnexio.jobs melalui status dalam laman Facebook miliknya pada 17 September.


Kredit foto: adnexio.jobs
Seperti yang dijelaskan oleh Rafizi, beliau meluangkan banyak masa bersama saintis data, jurutera dan pembangun program bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah berkaitan mengiklan dan mencari pekerjaan.

"Saya dengan sukacitanya mengumumkan hari ini bahawa portal pemadanan pekerjaan AI (kecerdasan buatan) yang telah kami usahakan sejak Ogos 2018 kini beroperasi.

"Ia mungkin pasaran pekerjaan yang pertama di dunia yang menyediakan temuduga dalam talian dengan komputer bagi membantu majikan menapis calon-calon secara lebih berkesan," jelasnya.

Kredit foto: adnexio.jobs
Kredit foto: adnexio.jobs
Majikan boleh mengiklankan kekosongan jawatan di organisasi masing-masing sebanyak yang mungkin secara percuma.

Rafizi percaya portal tersebut mampu merevolusikan pasaran pekerjaan tanpa menunggu kerajaan, ahli politik atau syarikat-syarikat besar untuk membuat perubahan.

Elok juga kalau Rafizi dapat memberi komen bernas tentang dasar-dasar ekonomi kerajaan PH yang dikatakan tidak merangsang penawaran peluang pekerjaan yang mencukupi untuk rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi.  - CARI
10

Bagus
4

Marah

Terkejut

Sedih
9

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • oraet

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kabukiman 19-9-2019 09:52 AM
Aku yakin portal dia mampu merevolusikan pasaran kerja tempatan dgn melonggokkan kaki tipu kelayakan akademik Dan sochai mahacai cibai akai setitik yg demand gaji Mahal atas kebolehan menjilat.


R E V O L U S I

Quote fliphair8 19-9-2019 10:07 AM
piji ni team sape now? bapa semburit or pemuda semburit? ke dedua takmo kat dia?
Quote sehirkedi 19-9-2019 10:14 AM
Boyaknya kau piji.. Leher pun tenggelam tak lama lagi. Makan banyak sebab kecewa tak dapat apa-apa jawatan ke?? Hahhaahaaaa..
Quote sarah82 19-9-2019 10:17 AM
Sekali angpa bash dia.. Aku pulak tak tahan gelak.
Quote TalibanRock 19-9-2019 10:19 AM
menteri PH hanya pandai buat apps shj ke?ala cikainya fikiran org formula ni kan...
Quote palmolive 19-9-2019 10:19 AM
tiap kali dia up status kt Fb mesti kena cerca..
Quote hussaini4675 19-9-2019 10:42 AM
palmolive: tiap kali dia up status kt Fb mesti kena cerca..


Aku dah tak dapat nak cerca dia sejak 5 tahun lepas. Kena blocked.
Quote Betara_Indera 19-9-2019 11:12 AM
nak tunjuk pandai sbb nnt ade rombakan kabinet letiuewwww
Quote shamsadis 19-9-2019 12:32 PM
apa beza dengan website cari kerja yang lain? adakah website dia untuk kumpul data? dia ada sign aggrement dengan company cari kerja? data yang dia dapat untuk apa? simpan dalam suar?
Quote cmf_shalom 19-9-2019 12:51 PM
Edited by cmf_shalom at 19-9-2019 12:53 PM

Bagus juga PH memang...skkurangnya manusia yg dicop bijak sebelum ini..rupanya sbebal2 alam..

Mana peginya gol yg mewakili melayu alaf baru digelar bijak pandai  yg pusat pemikiran mereka didamansara?

katanya sebelum PRU..setiap bulan buka kelas bincang rumus fomula untuk malaysia baru..

sekolah pun...katanya bukan sebarang oversea....setakat oversea x main...
Quote sidewinder 19-9-2019 12:53 PM
Edited by sidewinder at 19-9-2019 12:56 PM

pala bana laaa kau pizi......sembang kencang......jgn lepas ni dia kata kena sokong portal dia sbb portal org melayu islam buat....jobstreet....jobdb....monster org kafir buat
Quote cmf_shalom 19-9-2019 12:57 PM
Setakat sebar propaganda...dan ngajar teori mmg cantik berdentum la..mai keluar dari kelas pergi ke alam realiti...tgk apa jadi...


satu rumus formula pun xleh pakai..
Quote cmf_shalom 19-9-2019 01:02 PM
Edited by cmf_shalom at 19-9-2019 01:05 PM

Ker ada ummah CI ni ahli seumur idop pemikir melayu alaf baru tu ker...

Mai ngaku...x payah nak malu2...

x payah nak malu2...sekali gagal x semestinya seumur idop[ gagal

aku saspek sorg nya ipan...tapi setakat ni..sumbangan ipan kat pengkelasan adartu jak...
Quote Melorqe 19-9-2019 01:13 PM
shamsadis replied at 19-9-2019 12:32 PM
apa beza dengan website cari kerja yang lain? adakah website dia untuk kumpul data? dia ada sign agg ...

tu dia kata dia berkerjasama dgn data engineering tuaku payah nak percaya bila org politik buat bisness mcm ni
dari IC nanti mcm2 dia trace
entah2 dia trace ngundi sapa
pastu cari keje mana, owned sykt mana2 ke
pastu aimed sykt tu kut kut ada buat sumbangan dana ke parti politik mana2 ke..
kan kan kan?

mcm detektif conan pulaak aku.
Quote relaxjek 19-9-2019 01:37 PM
Ko nak susah2 pasal keje watpe piji.. si sadiq tu nak bawak masuk gojek..byk peluang keje tu.. hahaha
Quote jalfa 19-9-2019 01:42 PM
Baik Cari kerja untuk diri sendiri
Quote Cable 19-9-2019 03:55 PM
nk tnye rafizi..tol ke pairoparia ckp gomen diskriminasi cina dpt keje gomen dngn mewajibkn BM? prfffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffggggggggght
Quote Nt-ViruS 19-9-2019 05:25 PM
nama website tak catchy langsung. macamana la.
Quote zie_indah 19-9-2019 06:55 PM
Huhuu  pru14  tepukkkk hiii

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.062612 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top